- Lain-lain
Pandang Ekonomi China dengan Betul
“Dua sesi", iaitu sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan sesi tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) telah dirasmikan, manakala sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pelbagai wilayah bagi tahun turut diumumkan mutakhir ini.
Berikutan itu, perbincangan mengenai prospek ekonomi China menjadi lebih hangat. Antaranya, pandangan "ekonomi China sudah sampai puncak" akan mengelirukan orang awam.
Jika ingin mengetahui prospek ekonomi China, adalah mustahak untuk memahami pembangunan China dengan betul.
Pandangan "ekonomi China sudah sampai puncak" dianjurkan oleh Hal Brands dari Universiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat (AS) dan Michael Klee, profesor di Universiti Tufts. Kedua-duanya sarjana politik tanpa pengalaman dalam bidang ekonomi, dan mereka berdua pernah berkhidmat atau memberikan perkhidmatan nasihat di Jabatan Pertahanan atau badan keselamatan AS.
Michael Klee memberi tafsiran kepada pandangan "ekonomi China sudah sampai puncak" dengan menggunakan konsep geopolitik, iaitu "peaking power trap". Beliau membuat perbandingan antara China dengan negara-negara besar yang lain dalam sejarah, kemudian membuat kesimpulan iaitu China akan merosot selepas sampai puncak. Niat di sebalik perbandingannya adalah mendakwa China akan memjadi risiko kepada dunia. Apa saja statistik yang boleh digunakan untuk membuktikan ekonomi China sudah mencapai puncak akan dibesar-besarkan sebagai bukti kepada pandangannya tersebut.
Media sosial merupakan salah satu platform penting bagi penyebaran pandangan "ekonomi China sudah sampai puncak". Perbincangan topik itu dalam X dan Reddit sering dilihat dan selaras dengan laporan media Barat yang terbabit.
Institut Loy AS pernah mengeluarkan laporan yang meramalkan kadar pertumbuhan KDNK China akan menurun kepada dua hingga tiga peratus menjelang tahun 2050, tetapi ia juga kemungkinan mencapai lima peratus jika sistem ekonomi China "dibaratkan".
Keyakinan kita terhadap ekonomi China lahir daripada kaedah penyelesaian masalah sendiri, bukanlah dari perbandingan dengan pihak lain. Hadapi masalah, menyelesaikan masalah, inilah keyakinan orang China terhadap pembangunan ekonomi.
- Lihat secara Objektif Masalah Struktur Ekonomi China
- Sumbangan China terhadap Pertumbuhan Global Dijangka Lebihi 30%
- Ekonomi China yang Cepat Pulih Suntik Keyakinan kepada Dunia
- Pengasas WEF Yakin Prospek Ekonomi China
- Ekonomi China Catat Tiga Rekod Baharu pada 2023
- Banci Ekonomi Kebangsaan Kelima Dilancarkan
- Institusi, Pakar Asing Optimistik akan Ekonomi China 2024
- Kukuh Hasil Pengajian Teori, Kumpul Tenaga Bina Negara Kuat: Xi
- Ekonomi China Kekal Trend Perkembangan ke Arah Baik: MFA
- Persidangan Kerja Ekonomi Pusat Gariskan Landskap 2024