99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Ekonomi China Catat Tiga Rekod Baharu pada 2023

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 05 Januari 2024

Mengharungi tahun 2023 yang penuh cabaran, China terus mencatatkan rekod baharu dalam perkembangan ekonomi.

Pengeluaran Kenderaan Catat Rekod Baharu, Terdepan di Dunia

Pada 2023, jumlah pengeluaran kenderaan China mencatatkan rekod baharu, iaitu 30 juta unit. Pengeksportan mencatatkan 5 juta, mendahului Jepun dan menduduki tempat pertama di dunia.

Pada 2021, jumlah pengeluaran dan penjualan masing-masing 26.082 juta dan 262.75 juta. Pengeksportan 2.015 juta, tempat ketiga di dunia setelah mendahului Korea Selatan.

Pada 2022, jumlah pengeluaran dan penjualan masing-masing 27.021 juta dan 26.864 juta. Pengeksportan 3.111 juta, kedua di dunia setelah mendahului Jerman.

Dengan kata lain, industri kenderaan di China terus melonjak dalam tiga tahun yang lalu dan mendahului Korea Selatan, Jerman dan Jepun secara berturut-turut.

Kapasiti Terpasang Loji Jana Kuasa Tenaga Boleh Baharu Lebihi Tenaga Haba

Statistik tahun 2023 juga menunjukkan ekonomi China semakin bersifat “hijau”.

Pada 2023, kapasiti terpasang loji jana kuasa tenaga boleh baharu mencecah 1.45 bilion kW, iaitu lebih 50% daripada jumlahnya, juga pertama kali melebihi kapasiti terpasang loji jana kuasa tenaga haba.

China yang dulu dianggap sebagai pengguna utama kuasa batu arang kini semakin banyak menggunakan tenaga boleh baharu seperti angin dan suria.

Tuaian Bijirin Terus Catat Rekod Baharu 20 Tahun Lamanya

Pada 2023, penuaian bijirin China sekali lagi mencatatkan rekod baharu, yang juga tahun ke-9 angka ini melebihi 665 bilion kg.

Keselamatan makanan China terjamin, di samping menyumbang kepada keselamatan makanan dunia.

Dari kestabilan industri pertanian ke kemakmuran industri kenderaan, China bukan sahaja mengekalkan pembangunan yang berkualiti tinggi, tetapi juga berkongsi dividen pembangunannya dengan dunia.

Tiga rekod baharu tersebut menunjukkan ekonomi China cukup dinamik dan berpotensi. Laporan ekonomi tahun 2023 bakal diterbitkan, diyakini akan merangkaikan lebih banyak kejutan.

Video

Berita Berkaitan