- Lain-lain
China Seru Sedia Iklim Kondusif untuk Perdagangan Produk Hijau
China menyeru supaya semua pihak bersinergi menyediakan iklim kondusif untuk perdagangan produk hijau, mendorong liberalisasi serta pemudahan perdagangan berkenaan ke arah memantapkan pembangunan lestari.
Seruan itu dibuat Menteri Perdagangan Wang Wentao ketika berucap dalam sesi perbincangan bertemakan perdagangan dan pembangunan lestari sempena persidangan peringkat menteri ke-13 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang dianjurkan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Isnin.
Menurut beliau, perdagangan digital yang berkembang dinamik pada masa ini membawa momentum baharu kepada pelbagai negara khususnya negara membangun.
China menyokong pengecualian tarif sementara untuk transmisi elektronik dikekalkan dan menyeru supaya rundingan berhubung e-dagang diselesaikan secepat mungkin, di samping mempercepat usaha menetapkan peraturan perdagangan digital multilateral.
- Litium - “Minyak Putih” di Tasik Garam Qinghai
- Usaha China Lindungi Alam, Jana Ekonomi Wujud Situasi Sama Menang
- Transaksi Teknologi Hijau Merekod RMB890 juta pada Hari Ekologi Kebangsaan
- Shanxi, Pelopor Batu Arang "Hijau" Utara China
- Xinjiang Capai Kemajuan dalam Pemasangan Tenaga Hijau
- Forum Pembangunan Industri Karbon Rendah Hijau CNE di Shanghai
- China Pacu Pembangunan Hijau Sektor Perindustrian
- Industri Kejenteraan Beralih ke Arah Pintar dan Hijau
- Forum Data Dunia PBB Buka Tirai di Hangzhou
- China Capai Kemajuan Signifikan dalam Usaha Penghijauan