- Lain-lain
Usaha China Lindungi Alam, Jana Ekonomi Wujud Situasi Sama Menang
Usaha melindungi alam sekitar dan menjana pertumbuhan ekonomi yang digerakkan serentak di China, berjaya mewujudkan situasi sama menang.
Demikian ujar ketua jurutera Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar, Liu Bingjiang semasa sesi dialog anjuran Persatuan Diplomasi Awam China di Beijing pada Rabu.
Beliau berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China berkembang sebanyak 69 peratus sejak 2013 hingga 2022, sementara itu kepekatan partikel halus bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5) menurun 57 peratus.
"KDNK kami (China) berkembang pesat dalam tempoh sepuluh tahun lalu, manakala kepekatan jirim zarahan halus terus menurun. Pencapaian itu memanglah satu situasi menang-menang," kata Liu.
Difahamkan, kualiti udara di Beijing, Tianjin, Hebei serta Delta Sungai Yangtze dan Dataran Fenwei bertambah baik apabila tiada kawasan yang mencatatkan pencemaran udara.
"Sebagai contoh, tahap pencemaran PM2.5 di Beijing menjunam daripada 89.5μg/m3 kepada 30μg/m3. Ia dianggap sebagai 'Keajaiban Beijing' oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP)," ujar beliau.
Menurut pakar berkenaan, penggunaan tenaga bersih bagi tempoh sedekad lalu merekodkan peningkatan sebanyak 41.4 peratus.
China kini mempunyai kapasiti terpasang terbesar di dunia untuk tenaga angin, suria dan hidro.
- Transaksi Teknologi Hijau Merekod RMB890 juta pada Hari Ekologi Kebangsaan
- Shanxi, Pelopor Batu Arang "Hijau" Utara China
- Xinjiang Capai Kemajuan dalam Pemasangan Tenaga Hijau
- Forum Pembangunan Industri Karbon Rendah Hijau CNE di Shanghai
- China Pacu Pembangunan Hijau Sektor Perindustrian
- Industri Kejenteraan Beralih ke Arah Pintar dan Hijau
- Forum Data Dunia PBB Buka Tirai di Hangzhou
- China Capai Kemajuan Signifikan dalam Usaha Penghijauan
- Jiangxi: Usaha Capai Pembangunan Hijau
- Neutraliti Karbon Tawar Peluang Kerjasama Pelbagai Hala