- Lain-lain
Gulangyu, Menapak Mengikut Sejarah Panjang (8)
Tapak bekas mahkamah awam (mixed court) di Gulangyu. (foto/People's Daily Online) |
Gulangyu atau Kulangsu, merupakan sebuah pulau yang terletak di bandar Xiamen, provinsi Fujian. Tempat ini diberikan gelaran “taman di laut” kerana cuaca nyaman sepanjang tahun, dan juga dipanggil “Muzium Seni Bina Dunia” kerana terdapat banyak bangunan bersejarah di situ.
Sejarah yang panjang mencorakkan landskap budaya unik yang dapat dilihat di Gulangyu hari ini. Sejak 1844, sebanyak 13 negara telah membuka konsulat di pulau pejalan kaki itu. Bahkan, Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan negara-negara lain juga membuka gereja, sekolah, hospital, bank dan syarikat. Kehadiran ciri-ciri pembinaan dari luar ini turut menjadikan Gulangyu tempat pertembungan budaya China dan Barat, dengan lebih 1,000 bangunan dibina dari hujung abad ke-19 hingga separuh pertama abad-20, yang kebanyakannya menggabungkan unsur-unsur tradisional China dan gaya seni bina Barat.
Jawatankuasa Warisan Dunia berpendapat bahawa Gulangyu telah menyaksikan sejarah persefahaman dan pembangunan bersama antara tamadun yang berbeza, dan menyediakan rujukan untuk pembangunan bersepadu antara budaya berbeza di China dan tempat-tempat lain.
Pada 8 Julai 2017, “Gulangyu: Komuniti Sejarah Antarabangsa” (Kulangsu, a Historic International Settlement) dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia, menjadi projek Warisan Dunia ke-52 China.
- Burung Raja Udang Berleher Putih Dilihat di Xiamen
- Fuchuan, Penghubung Quanzhou dengan Dunia
- Matlamat Xi yang Terkandung dalam Cetak Biru Projek "3820" Fuzhou Tercapai
- Ekspo Hortikultur Antarabangsa Doha Bina Zon Pameran Khas China
- BRI Jadi Faktor Budaya Dunhuang Semakin Dikenali
- UNESCO Beri Anugerah Sumbangan Cemerlang kepada Akademi Dunhuang, Fan Jinshi
- Terbinanya Sebuah Warisan di Rumah Yang Selesa
- Musim Memancing Mula, Ribuan Bot Nelayan Turun ke Laut
- "Khemah Gergasi" Teduhi Simpang Utama di Fuzhou
- Jurugambar Kekalkan Warisan Budaya melalui Lensa