99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Masa Depan Hubungan China-Perancis Lebih Cemerlang

(CRI)Isnin 29 Januari 2024

Pemimpin China dan Perancis masing-masing memberikan ucapan video kepada resepsi sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis yang diadakan pada malam 25 Januari.

Presiden China Xi Jinping menekankan bahawa sejarah unik hubungan China dan Perancis menghasilkan "Semangat China-Perancis" yang bebas, saling memahami, berpandangan jauh, dan saling menguntungkan. Beliau juga mengemukakan empat inisiatif untuk mengeratkan kerjasama China-Perancis bagi masa akan datang.

Presiden Perancis Emmanuel Macron menyatakan bahawa kedua-dua negara ini bertanggungjawab untuk membina perkongsian yang memenuhi keperluan rakyat kedua-dua negara dan juga bermanfaat bagi keamanan dan kestabilan dunia.

Ini memperlihatkan bahawa kedua-dua pemimpin mempunyai persefahaman tinggi dalam memajukan kerjasama China-Perancis.

Peranan Perancis dalam hubungan antara China dengan negara-negara Barat adalah sangat istimewa. Perancis adalah negara besar dari dunia Barat yang pertama menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, dan ia juga negara Barat pertama yang menjalin hubungan perkongsian strategik komprehensif serta mengadakan dialog strategik dengan China.

Semasa meraikan ulang tahun jubli emas hubungan diplomatik China-Perancis sepuluh tahun lalu, Presiden Xi Jinping merumuskan "Semangat China-Perancis". Hari ini, Presiden Xi sekali lagi menekankan semangat ini. Menurut penganalisis, "Semangat China-Perancis" adalah kunci emas untuk memahami hubungan China-Perancis pada masa lalu, masa kini, dan masa depan. Antaranya, bebas dan berkecuali adalah semangat bersama kedua-dua bangsa, yang membolehkan hubungan kedua-dua negara dapat mengatasi impak perubahan situasi antarabangsa, memfokuskan kepada kerjasama, dan mengendalikan perselisihan pendapat dengan baik, agar menjadi teladan baik bagi hubungan antara China dengan negara Barat.

Dalam ucapan videonya, Presiden Xi mengatakan bahawa China dan Perancis harus dengan teguh memajukan hubungan dua hala, memperluas pertukaran kebudayaan, mempromosi pemahaman antara rakyat, di samping bersama-sama menyokong multipolar dunia yang sama rata dan teratur, globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua, serta mempertahankan prinsip sama menang.

Keempat-empat inisiatif tersebut sekali gus memberikan arah bagi perkembangan hubungan China-Perancis bagi enam dekad akan datang.

Kini, Perancis adalah rakan dagang ketiga terbesar China dalam Kesatuan Eropah (EU), ia juga sumber pelaburan langsung ketiga terbesar dan negara pengeksport teknologi kedua terbesar bagi China. Manakala China adalah rakan dagang terbesar bagi Perancis dari Asia.

Pada April 2023, semasa kunjungan Presiden Macron ke China, kedua-dua pihak mencapai siri perjanjian kerjasama penting, bersetuju untuk memupuk titik pertumbuhan kerjasama baharu dalam perdagangan perkhidmatan, pembangunan hijau, dan inovasi sains dan teknologi.

Menurut analisis, bidang kerjasama perindustrian antara China dan Perancis sedang beralih dari sektor tradisional seperti tenaga nuklear, aeroangkasa, dan kereta api laju, kepada empat sektor baharu iaitu tenaga baharu dan produk mesra alam, ekonomi digital, kewangan hijau dan digital, serta kerjasama pasaran pihak ketiga di Asia dan Afrika. Kerjasama ekonomi China dan Perancis pasti akan menyambut masa depan yang lebih cemerlang.

Video

Berita Berkaitan