99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

PM China Mula Lawatan Rasmi ke Perancis

(CRI)Khamis 22 Jun 2023

Perdana Menteri Li Qiang tiba di Paris, pada Rabu, untuk lawatan rasmi di Perancis dan menghadiri Persidangan Kontrak Pembiayaan Global Baharu.

Ketika berucap sejurus tiba di Lapangan Terbang Orly, Paris, Li menyatakan bahawa hubungan China-Perancis kekal berkembang pada tahap tinggi, dan mempunyai impak global yang melangkaui hubungan bilateral.

Difahamkan, Presiden Xi Jinping dan Presiden Macron pada April lalu telah mencapai siri konsensus strategik, menggariskan masa depan yang baik bagi hubungan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara.

Li berkata, China bersedia untuk bekerjasama dengan Perancis, melaksanakan konsensus yang dicapai kedua-dua presiden itu, memperluas pembukaan antara satu sama lain, membina rantaian bekalan dan rantaian perindustrian China-Perancis dan China-Eropah yang lebih kuat.

Tambah beliau, China juga ingin meningkatkan pertukaran lawatan dan saling belajar dalam kalangan rakyat, berganding bahu dalam menangani cabaran global, agar menyuntik lebih banyak keyakinan dan tenaga kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan dunia.

Pada hari sama, Li turut mengunjungi pusat inovasi Schneider Electric di Paris, dan menzahirkan harapan kepada syarikat itu untuk terus melabur dalam pasaran China, serta membaharui mod kerjasama.

Beliau juga berjanji bahawa pelaburan di China pasti akan memberikan pulangan baik kepada syarikat elektrik itu.

Presiden Schneider Electric, Jean-Pascal Tricoire menyatakan bahawa syarikatnya adalah saksi, penyumbang serta penerima manfaat dalam pembaharuan dan pembukaan China.

Beliau positif terhadap pembangunan China, serta berhasrat untuk terus melabur di China, dan terlibat aktif dalam pembinaan hijau dan pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Untuk rekod, Li tiba di Paris setelah menamatkan lawatan rasminya ke Jerman serta mempengerusikan rundingan antara kerajaan China dan Jerman kali ketujuh.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan