99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China, Uzbekistan Tingkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif Sepanjang Masa (3)

(CRI)Khamis 25 Januari 2024
China, Uzbekistan Tingkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif Sepanjang Masa

Presiden China, Xi Jinping ditemui rakan sejawatnya dari Uzbekistan, Shavkat Moromonovich Mirziyoyev di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang Rabu. Kedua-dua pemimpin mengumumkan untuk meningkatkan perkongsian strategik komprehensif sepanjang masa pada era baharu dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Uzbekistan dari titik permulaan yang lebih tinggi.

Xi mengatakan, Uzbekistan merupakan negara Asia Tengah yang pertama yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China pada 32 tahun yang lalu. Rakyat kedua-dua negara yang berikrar mewarisi semangat Laluan Sutera, membuahkan hasil yang melimpah dalam menyuburkan persahabatan. Membina hubungan bilateral yang mempunyai konotasi yang lebih bernas dan lebih dinamik merupakan harapan bersama rakyat kedua-dua negara. China dan Uzbekistan perlu mengambil peluang sempena meningkatkan perkongsian strategik komprehensif sepanjang masa pada era baharu, bertindak pantas memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik demi mengukuhkan asas komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara, dan memacu pembinaan bersama yang bermutu tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang kondusif bagi memajukan pembangunan modenisasi negara masing-masing.

Mirziyoyev pula mengatakan, terpilihnya China sebagai destinasi pertama dalam jadual lawatannya bagi tahun ini membawa makna yang amat signifikan. Uzbekistan dan China yang mempunyai tradisi persahabatan yang sudah bersejarah seribu tahun di kalangan rakyat mengekalkan perkembangan hubungan bilateral di taraf yang tinggi. Pihaknya bersedia mempelajari pengalaman pembangunan yang berjaya di China, dan berjalan sehaluan dalam kemaraan ke arah modenisasi untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan