- Lain-lain
Tahniah China kepada Uzbekistan Lancar Laksana Pungutan Suara terhadap Perlembagaan
Pungutan suara terhadap perlembagaan baharu telah diadakan di Uzbekistan dengan lancar baru-baru ini. Hasil pengiraan undi peringkat awal menunjukkan rang penggubalan perlembagaan negara itu diluluskan.
Ketika ditanya soalan melibatkan perkara tersebut, jurucakap Kementerian Luar China berkata, China mengucapkan tahniah kepada Uzbekistan yang melaksanakan pungutan suara itu dengan berjaya. China yakin di bawah piminan Presiden Shavkat Miromonovich Mirziyoyev, pelbagai usaha pembaharuan dan pembangunan negara itu pasti akan mencapai prestasi yang lebih cemerlang.
Menurut jurucakap tersebut, China sebagai negara jiran yang berhubungan baik dengan Uzbekistan dan rakan strategik komprehensifnya, sentiasa mengambil berat terhadap hubungan kedua-dua negara, bersedia bersama-sama Uzbekistan untuk terus mengintensifkan kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Uzbekistan terus membuahkan hasil yang baharu.