- Lain-lain
Kenyataan MFA mengenai 45 Tahun Hubungan Diplomatik China-AS
Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden saling menyampaikan perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada 1 Januari.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) dalam satu kenyataan berkata, sepanjang 45 tahun hubungan China-AS mengharungi pelbagai cabaran dan terus mara ke depan.
Nilai dagangan dua negara melonjak kepada AS$760 bilion (RM3,524 bilion) pada 2022 daripada AS$2.5 bilion (RM11.59 bilion) yang dicatat pada 1979. Manakala, pelaburan dua hala meningkat daripada hampir sifar kepada lebih AS$260 bilion (RM1.2 trilion).
Di samping itu, bandar berkembar serta hubungan seumpama yang dijalin antara negeri di AS dengan provinsi di China direkod sebanyak 284.
Beijing dan Washington menjalin kerjasama dalam isu-isu yang mencuri perhatian di peringkat global dan serantau.
Dibuktikan bahawa perkembangan hubungan China-AS bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, malah juga mendorong keamanan, kestabilan dan pembangunan dunia.
Dasar China terhadap AS adalah konsisten dan jelas, iaitu saling menghormati, hidup bersama secara aman dan kerjasama saling untung.
Ia merupakan pengalaman yang diperoleh daripada perjalanan hubungan dua negara serta cara pergaulan yang tepat antara dua buah kuasa besar itu, sekali gus sejajar dengan arus sezaman dan kepentingan bersama kedua-dua pihak.
Kejayaan yang diraih oleh satu pihak merupakan peluang bagi pihak lain. China dan AS boleh saling membantu dan makmur bersama.
China komited kepada hubungan Beijing-Washington yang stabil, sihat dan mampan.
Pertemuan pemimpin dua negara di San Francisco menyaksikan lebih 20 konsensus dicapai yang merangkumi bidang politik, diplomasi, ekonomi, dagangan, pertukaran sosiobudaya, tadbir urus global serta ketenteraan dan keselamatan.
Pertemuan itu memupuk 'visi San Francisco' yang berorientasikan masa hadapan, dan menunjukkan hala tuju perkembangan hubungan Beijing-Washington.
China bersedia bersama-sama AS untuk memantapkan pelaksanaan konsensus yang dicapai semasa pertemuan berkenaan, mengurus perselisihan pendapat secara berkesan, menggerakkan kerjasama saling untung, menggalas tanggungjawab sebagai kuasa besar dan merancakkan pertukaran sesama rakyat.
Beijing sudi bekerjasama dengan Washington untuk terus mengemudi hubungan dua hala mengikut arah yang betul, dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara malah dunia.
- Pemimpin China, AS Bertukar Perutusan Tahniah Atas Ulang Tahun Ke-45 Ikatan Diplomatik
- Majukan Hubungan China-AS ke Arah Sihat, Mantap, Lestari - Kata Wang Yi
- Xi Gariskan Hala Tuju bagi Hubungan China-AS dan Kerjasama Asia Pasifik
- Hadiah Khas Pelajar AS Untuk Pasangan Presiden China
- AS Batalkan Sekatannya terhadap IFSC
- Presiden Xi Tekankan Isu-isu Penting Berkaitan Hubungan China-AS, Kedamaian Dunia
- Visi dan Misi Pemimpin China-AS dalam Pertemuan San Francisco
- Xi, Biden Bincang Hubungan Dua Hala, Urusan Global dalam Pertemuan di San Francisco
- Xi: Hubungan Bilateral Diharap Sejahterakan rakyat dan Pikul Tanggungjawab untuk Kemajuan Umat Manusia
- Xi: Persaingan Kuasa Besar Tidak Selari dengan Arus Zaman dan Tidak Dapat Tangani Masalah yang Dihadapi