- Lain-lain
Majukan Hubungan China-AS ke Arah Sihat, Mantap, Lestari - Kata Wang Yi
Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan China dan Amerika Syarikat (AS) harus memajukan hubungan dua hala ke arah yang sihat, mantap dan lestari.
Beliau berkata demikian dalam perbualan dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menerusi panggilan telefon pada Rabu.
Blinken menzahirkan ucapan penghargaan kepada Wang yang berkunjung ke kedutaan besar AS di China untuk memberikan penghormatan kepada mendiang Mantan Setiausaha Negara Dr. Henry Alfred Kissinger.
Wang Yi pula berkata, mendiang Dr. Kissinger berpendapat bahawa AS dan China patut saling menghormati, membangun bersama dan memikul tanggungjawab antarabangsa yang sewajarnya. AS perlu memahami kepentingan isu Taiwan bagi China.
"Khazanah diplomatik mendiang patut diwariskan dan dikembangkan oleh generasi seterusnya," katanya.
Wang mengatakan, Presiden Xi Jinping dan Presiden Joe Biden sempena pertemuan di San Francisco mutakhir ini telah menetapkan Wawasan San Francisco yang amat signifikan.
"Tugas yang paling penting bagi kerajaan kedua-dua negara pada masa ini adalah melaksanakan persetujuan yang dicakap pemimpin kedua-dua negara, mengukuhkan trend pemulihan hubungan dua hala, dan mendorong hubungan tersebut ke arah yang sihat, mantap dan lestari," kata Wang.
Beliau sekali lagi menegaskan pendirian China dalam isu Taiwan, dan menuntut AS jangan mencampuri urusan dalaman China serta tidak menyokong rejim 'kemerdekaan Taiwan' dalam apa jua cara.
Wang Yi dan Blinken juga bertukar-tukar pendapat tentang konflik Palestin-Israel dan bersetuju mengekalkan komunikasi tentang situasi di Asia Barat.
- Xi Gariskan Hala Tuju bagi Hubungan China-AS dan Kerjasama Asia Pasifik
- Hadiah Khas Pelajar AS Untuk Pasangan Presiden China
- AS Batalkan Sekatannya terhadap IFSC
- Presiden Xi Tekankan Isu-isu Penting Berkaitan Hubungan China-AS, Kedamaian Dunia
- Visi dan Misi Pemimpin China-AS dalam Pertemuan San Francisco
- Xi, Biden Bincang Hubungan Dua Hala, Urusan Global dalam Pertemuan di San Francisco
- Xi: Hubungan Bilateral Diharap Sejahterakan rakyat dan Pikul Tanggungjawab untuk Kemajuan Umat Manusia
- Xi: Persaingan Kuasa Besar Tidak Selari dengan Arus Zaman dan Tidak Dapat Tangani Masalah yang Dihadapi
- Xi, Joe Biden Mulakan Pertemuan
- Pertemuan Presiden China, AS Berakhir