- Lain-lain
Xi Gariskan Hala Tuju bagi Hubungan China-AS dan Kerjasama Asia Pasifik
Menteri Luar China Wang Yi pada Sabtu berkata bahawa Presiden China Xi Jinping dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan selanjutnya ketika menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 di San Francisco telah menggariskan hala tuju bagi perkembangan hubungan China-AS pada era baharu, giat menjana inisiatif impak sosial kedua-dua negara, mengekalkan inspirasi kerjasama Asia Pasifik dan membentangkan konsep tentang laluan pembangunan China.
Wang Yi berkata, Xi telah melakukan perbincanan dengan Biden tentang pendekatan yang tepat bagi pergaulan China-AS, mengikuti interaksi dan pertukaran dengan perwakilan dari pelbagai lapisan masyarakat AS untuk menebus persamaan dalam menyuburkan persahabatan, dan menggariskan hala tuju bagi kerjasama rantau Asia Pasifik semasa menyampaikan syarahan umum dalam Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC.
"Terdapat pendapat awam antarabangsa yang berbunyi bahawa siri lawatan Xi yang menarik perhatian besar dari seluruh dunia ini telah membuahkan hasil yang melimpah, misalnya menambah elemen stabil ke hubungan China-AS, membawa penggerak baharu kepada kerjasama Asia Pasifik, dan menyuntik tenaga positif ke dalam landskap antarabangsa dan serantau," kata Wang.
Wang Yi berkata bahawa siri lawatan tersebut sekali lagi membuktikan bahawa di sebalik keadaan semasa yang bergolak dan kompleks di pentas dunia, Presiden Xi Jinping yang berpandangan jauh sentiasa berkeupayaan memberi arahan yang bijaksana dalam tindakan diplomatik China, dan membimbing kemaraan nusa dan bangsa China menuju ke kebangkitan malah menyumbang kepada keamanan dan pembangunan dunia.
- Hadiah Khas Pelajar AS Untuk Pasangan Presiden China
- AS Batalkan Sekatannya terhadap IFSC
- Presiden Xi Tekankan Isu-isu Penting Berkaitan Hubungan China-AS, Kedamaian Dunia
- Visi dan Misi Pemimpin China-AS dalam Pertemuan San Francisco
- Xi, Biden Bincang Hubungan Dua Hala, Urusan Global dalam Pertemuan di San Francisco
- Xi: Hubungan Bilateral Diharap Sejahterakan rakyat dan Pikul Tanggungjawab untuk Kemajuan Umat Manusia
- Xi: Persaingan Kuasa Besar Tidak Selari dengan Arus Zaman dan Tidak Dapat Tangani Masalah yang Dihadapi
- Xi, Joe Biden Mulakan Pertemuan
- Pertemuan Presiden China, AS Berakhir
- Pertemuan Presiden China, AS Bermula