- Lain-lain
Xi, Putin Ucap Selamat Tahun Baharu 2024
Pada hari terakhir tahun 2023, Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin saling menzahirkan ucapan selamat menyambut tahun baharu 2024.
Mewakili kerajaan dan rakyat China, Xi menyampaikan salam kepada Putin dan mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat Rusia.
Xi berkata, hubungan China-Rusia kekal sihat dan stabil dan berkembang terus ke arah yang tepat pada tahun 2023.
Beliau menyatakan kesedian untuk mengeratkan komunikasi dengan Putin, mengambil kesempatan pada tahun 2024 yang merupakan ulang tahun ke-75 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara dan Tahun Budaya China-Rusia, memimpin kedua-dua negara untuk memupuk rasa saling percaya, memperluas kerjasama dan mewarisi persahabatan agar memastikan hubungan bilateral berkembang terus mengikut jalan tepat dengan stabil.
Putin dalam ucapannya menyampaikan salam tahun baharu kepada Xi dan juga mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat China.
Putin yakin bahawa dengan usaha bersama kedua-dua pihak, kerjasama kedua-dua negara akan membuahkan hasil yang lebih besar.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Qiang dan rakan sejawatnya dari Rusia, Mikhail Mishustin juga saling menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024.
- Tentera China, Rusia Anjur Rundingan Strategik Pusingan ke-22
- China, Rusia Komited Perdalam Kerjasama Bilateral
- China, Rusia Anjur Pertemuan Berkala ke-28 Ketua Kerajaan
- China, Rusia Perkasa Kerjasama antara Badan Perundungan
- Xi Ditemui Pengerusi Duma Negara Rusia
- Mesyuarat ke-10 Mekanisme Dialog Parti Pemerintah China-Rusia Diadakan
- Xi, Putin Ucapkan Tahniah kepada Mesyuarat ke-10 Mekanisme Dialog Parti Pemerintah China-Rusia
- Pertemuan PM China-Rusia di Kyrgyzstan
- Kerjasama Tenaga China-Rusia Beri Peranan Penting kepada Dunia
- China, Rusia Ikrar Mantapkan Kerjasama