99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Dasar Bersama Negara ASEAN Jaga Ketenteraman Laut China Selatan Tak Berubah: MFA

(CRI)Jumaat 22 Disember 2023

China konsisten dalam mengamalkan dasar menjaga keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan bersama negara ASEAN termasuk Filipina.

Pendirian itu diulangi menerusi jurucakap Kementerian Luar (MFA) Wang Wenbin dalam sidang media di Beijing pada Khamis.

Wang berkata komitmen China mengurus perselisihan melalui dialog dan perundingan tidak berubah, begitu juga hasrat bekerjasama dengan Filipina untuk melaksanakan kesepakatan yang dicapai.

Dalam pada itu, tekad China untuk mempertahankan kedaulatan serta hak dan kepentingan sah sendiri juga tidak akan berubah.

Filipina diharap dapat membuat keputusan secara rasional, mengikut cara yang berkesan untuk bergaul dengan negara jiran, dan bekerjasama dengan China bagi mengendalikan situasi maritim ketika ini dengan baik.

Rabu lalu, Menteri Luar China Wang Yi dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatannya Enrique Manalo berkata, hubungan dua negara berdepan kesukaran serius berikutan Filipina mengubah dasar dan pendiriannya, mengingkari komitmen sendiri dan berulang kali melakukan provokasi di laut sehingga menjejaskan hak dan kepentingan sah China.

Video

Berita Berkaitan