- Lain-lain
Filipina Digesa Taati Janji, Henti Tindakan Provokatif
China komited terus mengambil tindakan yang perlu bagi mempertahankan kedaulatan negara, di samping menyeru Filipina mentaati janji dan menghentikan segala tindakan provokatif dengan serta merta.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian susulan pihak tentera Filipina mendakwa China menghalang kapal Filipina menghantar anggota tentera dan bekalan untuk kapal perang yang ditempatkannya di terumbu Ren’ai.
Wu turut membidas cubaan Filipina menghantar bahan binaan untuk memperkukuh kapal perang itu mencabuli kedaulatan China serta melanggar Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC).
Menurut beliau, kapal Pengawal Pantai China (CCG) memberi amaran dengan meriam air bagi mengelakkan perlanggaran dengan kapal Filipina. Operasi berkenaan dijalankan secara sah, munasabah dan profesional.
Beliau turut menuntut Amerika Syarikat (AS) menghentikan amalan memutarbelitkan fakta dan menyemai perbalahan antara negara-negara di rantau berkenaan dengan memanipulasi isu Laut China Selatan.
AS juga digesa menghormati kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim China, serta usaha negara serantau bagi memelihara kedamaian di Laut China Selatan.
- Pengawal Pantai China Usir Kapal Filipina Meninggalkan Terumbu Ren'ai
- Keputusan Timbang Tara Mengenai Laut China Selatan Tidak Sah
- LCS Tidak Sepatutnya Dijadikan Padang Memburu Kuasa Luaran
- China Tidak Berpuas Hati terhadap Pengumuman Bersama AS-Filipina
- Lihat Jelas Siapa Penghasut, Jangan Jadi Boneka: MFA
- China, Filipina Sepakat Sambungkan Rundingan Penerokaan Minyak dan Gas Asli
- Kapal Tentera AS Rempuh Perairan Kepulauan Nansha China
- China dan ASEAN Berupaya Tangani Isu Laut China Selatan dengan Baik
- PM China Yakin Kerjasama Persahabatan dengan ASEAN Makin Pelbagai
- Negara Luaran Diharap Hormati Usaha Pelihara Kedamaian dan Kestabilan Laut China Selatan