- Lain-lain
CFC Perincikan Inti Pati Persidangan Kerja Ekonomi Pusat
China dijangka mampu mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan pada tahun ini, menurut pejabat Suruhanjaya Kewangan Pusat (CFC).
CFC memaklumkan, kekuatan ekonomi China terus melonjak ke tahap baharu, dengan unjuran pertumbuhan sekitar 5.2 peratus bagi tahun ini dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melepasi 126 trilion yuan (RM82.79 trilion).
CFC memperincikan inti pati Persidangan Kerja Ekonomi Pusat yang berlangsung di Beijing baru-baru ini.
Menurut CFC, China kekal menjadi enjin terbesar dunia, menyumbang kira-kira satu pertiga kepada pertumbuhan sejagat.
Harga barang dan tahap pekerjaan secara amnya stabil. Antaranya nisbah penganggur berdaftar di bandar dan pekan susut kepada paras 5.2 peratus dan Indeks Harga Pengguna (IHP) naik 0.3 peratus.
Selain itu, imbangan pembayaran antarabangsa kekal menggalakkan, manakala pembangunan berkualiti dalam pelaksanaan yang mantap.
Secara keseluruhannya, ekonomi negara mengekalkan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dalam jangka panjang, sementara unsur-unsur yang mendukung pembangunan berkualiti bertambah banyak.
Mengenai tugas utama tahun depan, CFC berkata usaha akan terus dipergiat untuk meningkatkan lagi pengurusan dari segi permintaan di samping memecut laju 'troika' yang terdiri daripada penggunaan, pelaburan dan eksport.
Memandangkan sektor swasta berstatus penting dalam menggerakkan modenisasi ala China, CFC memaklumkan bahawa siri dasar dan inisiatif yang menyokong perkembangan ekonomi swasta sedang giat dilaksanakan.