- Lain-lain
Simposium Pucuk Pimpinan China Mengenai Kerja Ekonomi
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) baru-baru ini mengadakan simposium dengan tokoh-tokoh bukan anggota PKC untuk mendengar pendapat dan cadangan mengenai keadaan ekonomi tahun ini dan kerja ekonomi untuk tahun depan.
Presiden China, Xi Jinping ketika mempengerusikan simposium tersebut telah membuat ucapan yang berbunyi bahawa tahun depan genap 75 tahun sejak penubuhan Republik Rakyat China dan tahun kritikal bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan ke-14.
Beliau menyatakan, hendaklah terus menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi, memperincikan pembaharuan serta meningkatkan tahap keerbukaan secara komprehensif, dan meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang sains dan teknologi, selain menyelaraskan peningkatan permintaan domestik dengan pembaharuan struktur sektor pembekalan, dan menyelaraskan urbanisasi baharu dengan pembangunan desa secara komprehensif bagi merancakkan landskap ekonomi dan pembangunan sosial demi kebangkitan nusa dan bangsa melalui modenisasi ala China.