99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pembangunan China Tidak Terhalang Akibat Gangguan AS dalam Bidang Teknologi dan Cukai

(CRI)Jumaat 08 Disember 2023

Menyentuh tentang tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengehadkan eksport semikonduktor dan teknologi canggih, jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa pembangunan China tidak terhalang susulan langkah seumpama itu, yang hanya akan mengakibatkan syarikat AS kehilangan syernya dalam pasaran China dan menjejaskan kepentingan mereka sendiri. China akan mengamati kecenderungan dan impak yang dibawa langkah AS, dan ikrar melindungi hak dan kepentingan diri sendiri.

He juga memberi respons terhadap seruan dikeluarkan Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo tentang bertindak mengehadkan eksport semikonduktor dan teknologi canggih kepada China, manakala AS akan mengehadkan pemberian kredit cukai untuk kenderaan elektrik bateri (BEV) kepada syarikat China yang berkaitan dengan komponen bateri.

He berkata, Presiden kedua-dua negara sebelum ini pernah bersetuju akan "memikul tanggungjawab mengawal unsur persaingan yang wujud dalam hubungan bilateral". Oleh itu, badan berkenaan AS diharapkan bersama-sama China untuk melaksanakan kata sepakat yang tercapai pemimpin kedua-dua negara dalam pertemuan di San Francisco.

Sementara itu, produk buatan China tidak terkandung dalam senarai pemberian subsidi Rang Undang-undang Pengurangan Inflasi yang dikeluarkan kerajaan AS berhubung butiran pelaksanaan dasar subsidi BEV.

He menyifatkan situasi itu sebagai "dasar dan tindakan yang tidak mengikut hukum pasaran". Dasar subsidi AS yang bersifat diskriminasi itu tidak selaras dengan prinsip asas Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dan dilihat sebagai halangan besar bagi pelaburan perdagangan antarabangsa dan kestabilan rantai perindustrian dan pembekalan global.

Video

Berita Berkaitan