99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Akan Jadi Destinasi Eksport Durian Terbesar Filipina

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 06 Januari 2023

Jomar Abdon, 29, ialah seorang pemeriksa kualiti di sebuah kilang pemprosesan durian di bandar Davao, bandar ketiga terbesar di Filipina. Hanya dengan memejamkan mata, dia boleh membahagikan durian mengikut kualiti untuk memastikan hanya yang berkualiti tinggi akan digunakan.

Kini, beban kerjanya dijangka meningkat selepas China dan Filipina menandatangani protokol mengenai keperluan fitosanitari untuk eksport durian segar dari Filipina ke China.

“Kelulusan eksport durian Filipina ke China akan meningkatkan pendapatan penanam dan menguntungkan ramai orang yang bekerja dalam industri ini. Saya amat bergembira durian Filipina diiktiraf di China”, kata Abdon.

(foto: Xinhua)

Filipina merupakan pengeksport penting hasil pertanian. Menurut Kementerian Pertanian Filipina, lebih kurang satu perempat peluang pekerjaan ditawarkan oleh sektor pertanian, dan lebih 10 juta orang bekerja di ladang. Industri pertanian menyumbang 9.6% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Filipina. Pelbagai buah-buahan termasuk pisang, nanas, mangga, avokado, kelapa dan durian, telah masuk ke pasaran China. Ini memberikan Filipina peluang perniagaan, menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penanam tempatan.

Bandar Davao dikenali sebagai “bandar buah-buahan Filipina”. Pengeluaran duriannya menyumbang kira-kira 80% daripada jumlah keseluruhan negara. Berbanding dengan durian dari tempat lain, durian Davao bukan sahaja lebih tahan serangga, tetapi juga menghasilkan tuaian lebih tinggi. Kini, durian Davao dieksport terutamanya ke Thailand, Malaysia, Korea Selatan, Singapura dan tempat-tempat lain.

(foto: Xinhua)

Candelario Miculob yang pernah memegang jawatan presiden Persatuan Durian Davao selama 15 tahun, memberitahu bahawa Davao mempunyai lebih 3,000 rumah penanam durian dan sekurang-kurangnya 5 kilang pemprosesan durian, dengan output tahunan melebihi 50,000 tan.

Sekiranya setiap rumah penanam dikira berdasarkan keluasan satu hektar, iaitu bersamaan dengan 100 pokok durian, setiap keluarga akan memperoleh pendapatan tambahan kira-kira 2,800 dolar (12,316 ringgit). Miculob berkata, selepas pembukaan pasaran China, China akan menjadi destinasi pengeksportan durian terbesar bagi Filipina.

 Menurut Kementerian Pertanian Filipina, pengeksportan durian ke China dijangka mencipta lebih 10,000 peluang pekerjaan di Filipina dalam bidang penanaman, pembungkusan, penghantaran dan sebagainya.

Duta Besar China ke Filipina Huang Xilian berkata dalam satu temu bual beberapa hari lalu, kerjasama pertanian paling diutamakan antara empat bidang kerjasama antara China dan Filipina. Walaupun buah-buahan tropika dari Filipina enak, namun tahap pendapatan penanam masih rendah.

“Justeru, kami berharap buah-buahan Filipina yang popular di China dapat dieksport ke pasaran China, durian ialah pilihan terbaik.” Huang turut melahirkan harapan pihaknya untuk melihat durian Filipina terhidang di meja makan orang China dalam masa terdekat ini, agar memperdalam kerjasama pertanian dan perniagaan antara kedua-dua negara. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan