- Lain-lain
Pertemuan PM China dengan Pemimpin Jepun, Korea Selatan dan Filipina
Perdana Menteri China, Li Keqiang telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida, Presiden Korea Selatan, Yoon Seok-Youl dan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos di Phnom Penh, Kemboja pada Sabtu.
Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Li Keqiang berkata, sebagai negara jiran, China dan Jepun yang giat memperhebat kerjasama dalam bidang politik, ekonomi dan perdagangan serta sosiobudaya, seharusnya bersama-sama menggalakkan perkembangan hubungan bilateral secara stabil dan sihat. Fumio Kishida berkata, Jepun menyetujui cadangan tentang pergaulan dengan China dalam suasana persahabatan dan akan mendorong perkembangan hubungan bilateral bersama dengan China.
Ketika bertemu dengan Presiden Korea Selatan, Li berharap China dan Korea Selatan berpandukan prinsip saling hormat dan saling menguntungkan dalam mendorong kerjasama bilateral terus berkembang ke arah yang sihat. Sementara itu, Yoon Seok-Youl berharap agar bersama dengan China terus mendorong perkembangan hubungan bilateral.
Ketika bertemu dengan Presiden Filipina, Li menyatakan bahawa pihaknya bersedia mempertingkat pertukaran peringkat tinggi dengan Filipina, dan memelihara kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan berasaskan prinsip saling hormat dengan negara ASEAN termasuk Filipina. Ferdinand Marcos pula berkata pihaknya bersedia mendorong hubungan dan kerjasama bilateral mencapai kemajuan baharu dalam pelbagai bidang berdasarkan perkongsian yang sedia ada.
- Xi Bakal Hadiri Sidang Kemuncak G20, APEC
- Yakin Mampu Kendali Isu Laut China Selatan dengan Baik: MFA
- PM Li akan Hadir Siri Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Timur
- Korea Selatan Umum Tempoh Berkabung Hingga 5 Nov
- Xi Jinping Sampaikan Takziah kepada Yoon Suk-youl
- China, Jepun Ikrar Mantapkan Ikatan Bilateral
- Wang Yi: Bina Hubungan China-Jepun Selaras Perkembangan Arus Zaman