- Lain-lain
Xi Mahu Kemajuan Baharu dalam Pembangunan Bersepadu Delta Sungai Yangtze
Presiden China, Xi Jinping menuntut pelbagai pihak berkaitan untuk melakar kemajuan baharu dalam pembangunan bersepadu di kawasan Delta Sungai Yangtze yang boleh dijadikan teladan dalam usaha memperjuangkan modenisasi ala China.
Demikian kata Xi dalam kenyataan semasa mempengerusikan simposium mengenai memacu pembangunan bersepadu Delta Sungai Yangtze di Shanghai pada Khamis.
Dalam simposium itu, Xi telah mengemukakan langkah-langkah bagi memacu pembangunan bersepadu di kawasan itu yang termasuk mempergiatkan inovasi dalam bidang sains dan teknologi, menambahbaikkan sistem dan mekanisme pembangunan bersepadu, menggalakkan penyelarasan dalam peningkatan tahap keterbukaan, bersama meningkatkan perlindungan dan tadbir urus ekologi alam sekitar serta memastikan keselamatan pembangunan terjamin.
"Kawasan Delta Sungai Yangtze perlu terus meningkatkan tahap keterbukaan dari segi institusi, berkongsi pengalaman pembaharuan, dan berusaha untuk menjadi enjin kuat yang boleh menjamin kelancaran dalam kitaran ekonomi domestik dan hab strategik yang berperanan menghubungkan kitaran pasaran domestik dengan kitaran pasaran domestik-antarabangsa.
“Pembinaan pusat ekonomi, kewangan, perdagangan, perkapalan serta inovasi sains dan teknologi antarabangsa perlu dipercepatkan di Shanghai, selain mempercepat langkah dalam memperlahusi pembaharuan komprehensif di Kawasan Baharu Pudong, serta meningkatkan tahap keterbukaan di bahagian Lingang di Zon Perintis Perdagangan Bebas Shanghai melalui pelaksanaan projek pilot.
"Pembangunan bersepadu kawasan Delta Sungai Yangtze perlu diselaraskan dengan pembinaan berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
"Selain itu, hendaklah menggalakkan, menyokong dan membimbing pembangunan ekonomi swasta yang sihat dan berkualiti tinggi serta mengoptimumkan persekitaran pembangunan untuk perusahaan swasta,” kata Xi.
Untuk rekod, Delta Sungai Yangtze yang terletak di kawasan hilir Sungai Yangtze China melibatkan bandar metropolitan Shanghai, provinsi Jiangsu, Zhejiang dan Anhui.
Kawasan ini mempunyai pembangunan ekonomi yang paling aktif, tahap keterbukaan yang tertinggi dan keupayaan inovasi yang terkuat di China, dengan menyumbang kira-kira satu perempat kepada agregat ekonomi domestik dan 39 peratus keseluruhan pelaburan langsung asing di negara ini.
- Changzhou, Jiangsu: Jambatan di Awang-awangan
- Xi Pengerusikan Mesyuarat mengenai Pembangunan Berkualiti Jalur Ekonomi Sungai Yangtze, Kepimpinan PKC terhadap Ehwal Luar
- Hayati Pesona Jenama Bersejarah dari Shanghai
- Tinjauan Xi di Jiangxi Fokuskan Pembangunan Jalur Ekonomi Sungai Yangtze
- Perkasakan Pembangunan Berkualiti Tinggi di Jalur Ekonomi Sungai Yangtze, Kata Xi
- Bagaimana Punca Sungai Dikenal Pasti?
- Musim Panas Serlah Keindahan Ngarai Wuxia
- Air Sungai Yangtze Susut