- Lain-lain
Xi Hantar Surat Tahniah kepada Persidangan Pengajian China Dunia -Forum Shanghai
Presiden China Xi Jinping menghantar surat tahniah kepada Persidangan Pengajian China Dunia - Forum Shanghai hari ini.
Beliau mengatakan bahawa pengajian China adalah pengajian mengenai sejarah dan zaman moden China.
Tamadun China mempunyai sejarah lama, ia diperkaya dan diperkembangkan melalui pertukaran dan saling belajar dengan tamadun lain di dunia, meletakkan asas berharga kepada modenisasi ala China, kata Xi.
"Dengan memahami asal usul sejarah, kita dapat mengetahui dunia realiti. Dengan mengkaji asas budaya, kita dapat memahami China pada masa kini. Dan dengan adanya saling belajar antara tamadun, kemajuan bersama baru dapat dicapai," ujar beliau.
Presiden Xi berharap para pakar dan sarjana dari pelbagai negara akan menjadi utusan dalam menyatukan tamadun Timur dan Barat, dengan memegang prinsip keserasian dan kepelbagaian serta keterbukaan dan keinklusifan, untuk terus memajukan pengajian China di dunia.
Beliau juga berharap para peserta persidangan kali ini dapat mendorong pertukaran dan pemahaman budaya, dan menyumbang kepada tamadun dunia dengan kekuatan pemikiran dan budaya.