99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

“Gadis Pingpong” Malaysia Tanam Hasrat Jadi Pembawa Obor Budaya China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 17 November 2023

Tang Yi Lynn, yang kini mengejar ijazah sarjana Pendidikan Jasmani di Universiti Tsinghua, dahulunya seorang anggota skuad negara Malaysia. Pemudi ini sudah menyerlahkan bakatnya di meja pingpong sejak zaman kanak-kanak lagi, dan hanya selepas tiga tahun berlatih, terpilih untuk pasukan negara dengan prestasi baik dalam pertandingan kategori belia peringkat kebangsaan. Selepas tamat sekolah menengah, Tang melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Jasmani Chengdu.

“Gadis pingpong” Malaysia Tang Yi Lynn menerima temu bual eksklusif bersama wartawan China News Network. (China News Network/Cheng Dengke)

“Gadis pingpong” Malaysia Tang Yi Lynn menerima temu bual eksklusif bersama wartawan China News Network. (China News Network/Cheng Dengke)

Dalam mengejar impian di dunia sukan, Tang menyatakan sebelum datang ke China, dia beranggapan pingpong tidak lebih daripada sekadar sukan kompetitif. Tanpa henti, dia mencabar batas diri, dan terus-menerus membaiki prestasi. Persepsinya berubah selepas menjejakkan kaki di bumi China apabila jelas dilihatnya begitu luas prospek permainan pingpong dalam aspek kesihatan rakyat. Baik orang tua yang menjual sayur di tepi jalan mahupun kanak-kanak yang menggalas beg ke sekolah, di dalam diri setiap satu mungkin tersorok bakat bermain pingpong yang menunggu dicungkil.

Sewaktu Tang Yi Lynn menuntut di Institut Pendidikan Jasmani Chengdu, bandar itu sibuk membuat persiapan untuk menganjurkan temasya sukan universiti Chengdu Universiade.

“Banyak yang saya pelajari daripada Chengdu Universiade, yang saya anggap pencapaian terbesar saya di sana,” katanya.

Kegilaan rakyat China terhadap kesihatan tubuh badan serta keghairahan penganjur mengadakan temasya sukan berskala besar membuka mata Tang terhadap prospek sukan yang cukup luas. Maka, dia memutuskan untuk mendaftarkan diri dalam kursus sarjana pendidikan jasmani di Universiti Tsinghua bagi meneroka lagi batas bidang sukan.

“Gadis pingpong” Malaysia di Chengdu. (China News Network/Cheng Dengke)

“Gadis pingpong” Malaysia di Chengdu. (China News Network/Cheng Dengke)

Pada pandangannya, dia salah seorang daripada ribuan pelajar yang telah mendapat manfaat daripada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

“Ketika saya masih mahasiswa di Institut Pendidikan Jasmani Chengdu, saya menang biasiswa yang berkaitan dengan BRI, yang banyak membantu pelajar-pelajar antarabangsa termasuk saya.

“Sebagai pelajar antarabangsa, saya berharap dapat menjadi ‘pembawa obor’ budaya China, menyebarkannya ke serata dunia, dan membawa balik budaya-budaya berbeza dari pelbagai pelosok ke China.

Video

Berita Berkaitan