99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Laporan UNCTAD Hargai Kejayaan China dalam Pembangunan Zon Perdagangan Bebas

(CRI)Selasa 07 November 2023

Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) baru-baru ini mengeluarkan satu laporan yang menghargai kejayaan China dalam pelaksanaan skim projek pilot di pelbagai zon perdagangan bebas domestik dalam sedekad lalu, dan menyatakan pelaksanaan skim yang bercirikan China itu kondusif bagi memperincikan pembaharuan dan meningkatkan tahap keterbukaan.

Laporan tersebut dikeluarkan oleh Richard Kozul-Wright, ketua bahagian Globalisasi dan Strategi Pembangunan UNCTAD ketika beliau menghadiri satu aktiviti penggalakan pelaburan yang dianjurkan Kementerian Perdagangan China di Shanghai pada Isnin.

Laporan itu menyatakan bahawa sepanjang pelaksanaan skim projek pilot pacuan inovasi sistem di pelbagai zon perdagangan bebas, China yang berpegang kepada penyelarasan dengan standard antarabangsa yang tertinggi, mengambil berat reformasi yang boleh baharu, memanfaatkan sumber asli yang bercirikan tempatan, secara berperingkat meningkatkan kemudahan pelaburan dan perdagangan, merancakkan inovasi dan pembangunan sains dan teknologi, meningkatkan tahap keterbukaan dalam sektor perkhidmatan dan industri digital sehingga mencapai hasil yang memberangsangkan.

Pelaksanaan projek pilot di zon perdagangan bebas terbukti kondusif bagi memperbaiki perkhidmatan kerajaan dan mengoptimumkan suasana perniagaan, mendorong transformasi industri sekali gus menggalakkan pertumbuhan pelaburan asing.

Dr. Markus Steilemann, CEO Covestro, perusahaan kimia Jerman dalam aktiviti tersebut menyatakan bahawa pihaknya mendapat momentum baharu dalam pelaksanaan projek pilot China di zon perdagangan bebas domestiknya, dan berpeluang menikmati dividen yang dibawa dasar kerajaan China yang berfaedah bagi menarik dan memupuk bakat profesional untuk pembangunan Covestro di China. Negara Tembok Besar ini sudah menjadi pangkalan penting bagi syarikatnya meneroka pasaran yang lebih luas dalam senario global.

Sementara itu, Naib Menteri Perdagangan China, Guo Tingting mengalu-alukan pelabur pelbagai negara membangunkan perusahaan mereka melalui pelaksanaan projek pilot China di zon perdagangan bebas domestiknya, berkongsi peluang dan dividen pembangunan modeniasi ala China dan mewujudkan pembangunan yang sama menang.

Video

Berita Berkaitan