99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Arahan Xi untuk Buka Lembaran Baharu dalam Modenisasi ala China di Sichuan

(CRI)Isnin 31 Julai 2023
Arahan Xi untuk Buka Lembaran Baharu dalam Modenisasi ala China di Sichuan

Presiden China, Xi Jinping memberi arahan untuk membuka lembaran baharu dalam modenisasi ala China di provinsi Sichuan.

Semasa melakukan tinjauan ke provinsi itu baru-baru ini, beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) memberi tuntutan agar semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC diterjemahkan di peringkat daerah secara menyeluruh dan misi PKC bagi era baharu diletakkan pada kedudukan utama.

"Pelbagai pihak perlu memahami konotasi saintifik dan tuntutan utama modenisasi ala China, menjalankan secara bersungguh-sungguh pembangunan berkualiti tinggi selain mengamalkan konsep pembangunan baharu, membentuk paradigma perkembangan baharu dan mendorong kemakmuran bersama di sepanjang proses pembangunan sosioekonomi dan menggalakkan pembaharuan pembangunan dari segi kaedah, momentum, sektor dan kualiti, supaya dapat merancakkan landskap pembangunan berkualiti tinggi di China.

“Sichuan perlu berdasarkan kedudukan strategik miliknya dan misi strategik yang dipikulnya dalam landskap pembangunankebangsaan, menggariskan hala tuju perkembangan yang selari dengan keadaan tempatan, berusaha untuk melakar kejayaan baharu dalam meningkatkan keupayaan inovasi sains dan teknologi, membina sistem perindustrian moden, menggalakkan pembangunan desa, dan memperhebat tadbir urus ekologi alam sekitar supaya dapat membuat lonjakan baharu pada era baharu,” kata Xi.

Dalam atur cara program di Sichuan, Xi masih melawat ke tempat-tempat termasuk bandar Guangyuan dan Deyang dari 25 hingga 27 Julai.

Dalam perjalanan balik ke Beijing, Xi yang sangat prihatin terhadap pewarisan sejarah dan kebudayaan serta perlindungan ekologi di kawasan aliran Sungai Hanjiang, memilih mengadakan kunjungan ke Muzium Hanzhong dan Taman Tanah Lembap Tianhan pada Sabtu dan menyifatkan taman itu sebagai “Taman Bahagia” bagi penduduk bandar Hanzhong.

Berita Berkaitan