99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Modenisasi Ala China Janjikan Peluang Baharu Buat Dunia

(CRI)Isnin 03 Julai 2023

China komited menawarkan peluang baharu kepada dunia menerusi pencapaian baharu pemodenan bercirikan sendiri, kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning.

Mao berkata ekonomi China terus mengekalkan momentum perkembangan yang kukuh sejak awal tahun ini.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 4.5 peratus pada suku pertama dan ia dijangka berkembang lebih pesat pada suku kedua, sekali gus menyumbang kepada pencapaian sasaran pertumbuhan sekitar lima peratus sepanjang tahun.

Menurutnya, dalam lima bulan pertama tahun ini, sejumlah 18,532 perusahaan pelaburan asing baharu ditubuhkan di seluruh negara, meningkat 38.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Sebagai rakan dagang utama bagi lebih 140 negara dan wilayah, China menyediakan pasaran raksasa kepada seluruh dunia terutamanya pasaran baru muncul dan entiti ekonomi membangun,” ujar beliau dalam sidang media pada Jumaat.

Difahamkan, Forum Davos Musim Panas 2023 telah berakhir di Tianjin pada Khamis. Para peserta meluahkan keyakinan terhadap prospek pembangunan ekonomi China dan menanti-nantikan peluang baharu yang dicipta ekonomi negara Tembok Besar.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan