- Lain-lain
Modenisasi Ala China Jadi Rujukan Negara Lain: TPM Laos
Landasan kereta api China-Laos menyumbang kepada pembangunan Laos dan merupakan projek simbolik kerjasama yang berjaya di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Demikian kata Timbalan Perdana Menteri Laos, Saleumxay Kommasith yang sedang dalam rangka lawatan ke Beijing ketika sesi wawancara eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG) pada Isnin.
Beliau merangkap Menteri Luar Laos turut memuji modenisasi ala China yang mendemonstrasikan pendekatan pembangunan baharu, sambil menyatakan ia menjadi rujukan bagi negara-negara membangun termasuk Laos.
Saleumxay berkata landasan itu bukan sekadar memudahkan lagi pertukaran antara kedua-dua negara, bahkan membuka laluan antara Laos dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain.
"Pengangkutan di Laos kini agak mudah dan pergerakan rentas sempadan menjadi lebih rancak."
"Laos dipilih antara 25 destinasi pengembaraan terbaik di dunia pada 2023, dan ia juga disumbang oleh operasi landasan berkenaan," katanya.
Saleumxay turut menyatakan bahawa BRI yang diperkenalkan sejak sedekad lalu terus berputik hingga membawa limpahan manfaat kepada semua negara terlibat, khususnya negara-negara membangun.
Menurut beliau, modenisasi ala China telah memperlihatkan kelebihannya kepada dunia terutamanya negara-negara membangun, dan ia berperanan signifikan dalam praktik pembangunan di China.
"Laos bermatlamat menjadi negara berpendapatan sederhana menjelang 2030, dan modenisasi ala China pasti akan menawarkan idea dan hala tuju untuk usaha pendigitalan dan pembangunan inovatif di Laos," ujar Saleumxay.
- Modenisasi Ala China, Model Pembangunan yang Baharu
- Tokoh Asing Hargai Modenisasi Ala China
- Modenisasi Ala China Sasarkan Kemakmuran Bersama Seluruh Rakyat: Qin Gang
- Xi Tekankan Peri Pentingnya Usaha Majukan Modenisasi Ala China
- Xi Seru Anggota Bukan PKC Gembleng Tenaga, Abdikan Diri untuk Negara
- Modenisasi Ala China, Penyangga Kuat Ketenteraman Dunia
- Modenisasi Ala China Sasar Kemakmuran Bersama Rakyat
- Modenisasi Ala China Pilihan Baharu bagi Manusia Wujudkan Pemodenan
- Xi: Modenisasi Ala China Sesuai dengan Keadaan China