- Lain-lain
Xi Bertemu Presiden Laos
Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga dan membuat lawat kerja Jumaat lalu.
Xi mengesyorkan kedua-dua pihak memberi konotasi baharu kepada ikatan bilateral bersandarkan pelan tindakan lima tahun baharu berhubung pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Laos, sekali gus menyuntik mementum kepada kestabilan dan pembangunan serantau bahkan dunia.
Beliau berkata potensi landasan kereta api China-Laos perlu terus diteroka bagi mendorong pembangunan Koridor Ekonomi China-Laos (CLEC) dan menggerakkan visi kesalinghubungan serantau.
Beliau turut menzahirkan kesediaan China untuk terus menghulurkan bantuan sedapat mungkin kepada pembangunan ekonomi Laos.
China juga bersedia menggalakkan perusahaan domestik melabur di Laos, mengimport lebih banyak hasil pertanian berkualiti dari negara itu, di samping memperluas kerjasama melibatkan tenaga dan perlombongan.
Thongloun pula berkata pelan tindakan berkenaan akan terus memperkukuh persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Laos bersedia mempertingkat interaksi peringkat tinggi dengan China, memperdalam pertukaran pengalaman berkaitan pentadbiran negara, di samping memperkasa kerjasama pragmatik dalam bidang seperti pembangunan CLEC.
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou
- Ketua Kampung Laos Banyak Belajar daripada Lawatan ke Yunnan
- Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama China-Laos Terus Maju
- China Komited Perkasa Kerjasama dengan Laos dan Vietnam
- Projek Pendidikan Jarak Jauh Bantuan China Dimulakan di Laos
- Thongloun Sisoulith Ucap Tahniah kepada Xi Jinping
- Rakyat Teruja, Ekonomi Maju Berkat Laluan Kereta Api China-Laos
- TPM Laos: Jalan Kereta Api Laos-China "Jalan Ekonomi"
- Presiden Laos Kagum Pencapaian China dalam Pembangunan Negara
- Xi Pemimpin Bercita-cita Tinggi: Thongloun
- Landasan Kereta Api China-Laos Bawa Faedah Besar kepada Laos