- Lain-lain
Landasan Kereta Api China-Laos Bawa Faedah Besar kepada Laos
Landasan Kereta Api China-Laos yang merupakan projek simbolik kerjasama saling menguntungkan antara kedua-dua negara beroperasi secara rasmi pada Disember tahun 2021, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 ikatan diplomatik China-Laos.
Bagi Presiden Laos, Thongloun Sisoulith, detik itu diibaratkan sebagai “merealisasikan impian”.
Sempena ulang tahun pertama pengoperasian kereta api itu, Thongloun mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke China mulai 29 November 2022. Beliau telah mengimbau kembali detik yang bermakna pada tahun lalu tersebut, ketika ditemubual oleh Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Landasan sepanjang lebih 1,035 kilometer itu menghubungkan Kunming, provinsi Yunnan dan Vientiane, Laos dengan kelajuan 160 kilometer sejam.
Difahamkan, pengoperasian landasan itu memendekkan masa perjalanan dari Vientiane ke sempadan dengan China kepada tiga jam sahaja berbanding dua hari sebelum ini.
“Saya masih ingat ucapan Presiden Xi ketika bersama menghadiri upacara perasmian landasan kereta api itu.
“Beliau (Xi) berkata, ‘gunung tidak tinggi dan jalan tidak jauh lagi’, ‘landasan itu seumpama jalan emas dan perak’,” ujar Sisoulith.
Menurut Thongloun, sebelum ini Laos tidak mempunyai landasan kereta api standard dan kini landasan kereta api itu telah menjadi kebanggaan rakyat Laos.
“Sebagai sebuah negara pedalaman, landasan kereta api itu menyediakan satu rangkaian logistik yang menggabungkan laut dan negara lain serantau, ia bukan sahaja memudahkan penumpang, tetapi juga pengangkutan logistik, sekali gus menarik lebih banyak pelabur dan pelancong ke negara ini.”
“Landasan kereta api penuh sejarah itu hasil Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dikemukakan oleh Presiden Xi.
“Laos sentiasa merupakan penyokong dan pengamal inisitiaf itu dan mendapat banyak manfaat daripadanya,” ujarnya.
Tambah Thongloun, landasan kereta api China-Laos akan dipanjangkan lagi ke negara ASEAN.
“Hubungan China-Laos yang saling menguntungkan diyakini berkembang ke tahap lebih tinggi pada masa kelak,” jelasnya.
- PM China Ditemui Presiden Laos
- Thongloun Sisoulith, Saksi Pembangunan China
- Xi Adakan Rundingan dengan Presiden Laos
- Presiden Laos Lawat China Minggu Depan
- Pertandingan Kemahiran Pertama Seksyen Boten-Vientiane Laluan Kereta Api China-Laos
- Pertemuan PM China-Laos di Phnom Penh
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 Dirasmikan
- Xi Bakal Hadiri Sidang Kemuncak G20, APEC
- Laluan Kereta Api China-Laos, Cerminan Pembangunan Berkualiti BRI China-ASEAN
- Hubungan Persahabatan China-Laos Makin Kukuh: Presiden Laos