99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Laluan Kereta Api China-Laos, Cerminan Pembangunan Berkualiti BRI China-ASEAN

(CRI)Selasa 08 November 2022

Laluan Kereta Api China-Laos merupakan cerminan pembangunan berkualiti antara China dengan ASEAN dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada sidang media Isnin.

Menurut data statistik terkini, penghantaran penumpang seramai 7.5 juta orang lebih dan barangan seberat 9.86 juta tan yang jenisnya bertambah dari 100 lebih ke 1,200 lebih, telah diselesaikan melalui Laluan Kereta Api China-Laos, dengan menuju ke lebih 10 negara yang terlibat dalam pelaksanaan BRI seperti Laos dan Vietnam.

Sementara itu, mod pengangkutan antarabangsa yang baharu seperti "Ekspres Mekong-Lancang + E-niaga Transnasional" dan "Landasan Kereta Api China-Laos + Ekspres Kereta Api China-Eropah", yang terbentuk dalam operasi Laluan Kereta Api China-Laos terbukti kondusif bagi peningkatan kesalinghubungan serantau dan kemampuan pengangkutan kargo rentas sempadan.

Dalam perkembangan lain, kontrak pelaburan dan pembelian bernilai RMB10 bilion (RM6.55 bilion) telah ditandatangani pada Sesi Promosi Penerokaan Kawasan Sepanjang Laluan Kereta Api China-Laos dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ke-5 yang dirasmikan pada Sabtu lalu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan