- Lain-lain
Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 Dirasmikan
Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 dirasmikan di Phnom Penh, Kemboja pagi tadi.
Sidang kemuncak yang bertema “ASEAN A.C.T: Menangani Cabaran Bersama” tahun ini berfokus kepada perbincangan tentang bagaimana ASEAN terus menyemarakkan semangat kerjasama dan kesatuan untuk mendorong pewujudan keamanan, kemakmuran dan kestabilan serantau selain membuat penilaian terhadap prospek ekonomi yang pulih pada fasa pasca pandemik COVID-19. Ini merupakan sidang pemimpin negara ASEAN yang diadakan secara bersemuka yang pertama pada fasa pasca wabak.
Menurut jadual yang diumumkan, pelbagai persidangan kemuncak diadakan bermula 10 hingga 13 Nov.
Selain pemimpin dari negara ASEAN, pemimpin dan tokoh politik dari China, Amerika Syarikat, India, Australia, Kanada dan Kesatuan Eropah juga akan hadir dalam persidangan tersebut.
Persidangan kemuncak itu merangkumi Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-25; Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun, Korea Selatan ke-25 dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-17.
- Buku Terbitan China dalam Pameran IIBF 2022
- China, Kemboja Komited Perkasa Kerjasama
- Simposium Bertema 'Kongsi Nasib' di Kemboja
- Lonjak Hubungan China, Vietnam ke Tahap Baharu
- China, Singapura Ikrar Perkasa Kerjasama Bilateral
- PM Li Temu Ketua Parti Komunis Vietnam
- China, Vietnam Usahakan Kesejahteraan Rakyat dan Kemajuan Manusia
- Xi Anugerahkan Pingat Persahabatan kepada Ketua Parti Komunis Vietnam
- Xi Ditemui Nguyen Phu Trong
- Han Zheng Lawat Singapura Bermula Hari Ini
- Hubungan Persahabatan China-Laos Makin Kukuh: Presiden Laos