- Lain-lain
Gencatan Senjata Perlu Diwujudkan Secepat Mungkin, Kata Wang Yi
Situasi semasa di Palestin adalah kritikal pada masa ini. China berpendapat bahawa melaksanakan gencatan senjata secepat mungkin untuk mengelakkan konflik dan ketegangan terus memuncak adalah perkara yang paling mustahak ketika ini.
Demikian ujar Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan juga Menteri Luar Wang Yi dalam sidang akhbar bersama dengan Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Jose Borrell, selepas Dialog Strategik Peringkat Tinggi China-EU pada Jumaat.
Wang menyatakan bahawa usaha hendaklah dilakukan untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mencegah berlakunya bencana kemanusiaan yang serius. Di samping itu, negara-negara terlibat dikehendaki bersabar dan bertenang, mengekalkan objektiviti dan keadilan demi meredakan ketegangan.
Dalam pada itu, menurut Wang, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) patut memainkan peranan yang sewajarnya untuk menyelesaikan isu Palestin.
- China Seru Gencatan Senjata dalam Konflik Palestin-Israel
- Konflik Palestin-Israel Pusingan Baharu Ragut 400 Nyawa
- Kenyataan Mesir-Jordan-Palestin Tegaskan Sokongan terhadap Hak dan Kepentingan Rakyat Palestin
- China Seru Elakkan Situasi Palestin daripada Tidak Terkawal
- Pertemuan antara Fatah dengan Hamas di Turkiye
- China Huraikan Pendirian atas Isu Palestin di Sesi UNHRC
- Pendirian China dalam Isu Palestin Konsisten
- China Ulangi Pendirian Berhubung Isu Palestin di Geneva
- Isu Palestin: Xi Kemuka Tiga Cadangan
- China Gesa Israel Hentikan Ceroboh Tanah dan Sumber Palestin