99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Seru Elakkan Situasi Palestin daripada Tidak Terkawal

(CRI)Jumaat 28 Julai 2023

China bimbang akan situasi yang memburuk di tanah Palestin yang tertakluk dan konflik terbabit yang semakin meruncing sejak sekian lama, dan menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan yang berkesan untuk mengelakkan situasi daripada berkembang ke arah yang tidak terkawal.

Demikian dinyatakan Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun pada sesi terbuka Majlis Keselamatan PBB bagi isu Palestin di Asia Barat semalam.

Beliau berkata, sebagai jiran yang tidak boleh dipindahkan, Palestin dan Israel dikehendaki memecahkan kitaran keganasan dan mengusahakan keamanan bersama.

China menyeru agar sekatan terhadap Genting Gaza dibatalkan dengan secepat mungkin, dan halangan untuk kemasukan barangan kemanusiaan dan pembangunan semula dihapuskan. Selain itu, masyarakat antarabangsa perlu mengintensifkan bantuan pembangunan dan kemanusiaan terhadap Palestin, menyokong gerak kerja yang dijalankan oleh Bahagian Bantuan dan Kejuruteraan PBB untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat, di samping memastikan keperluan hidup rakyat Palestin terjamin.

Zhang menambah, "penyelesaian dua negara" mesti dilaksanakan secara menyeluruh. China bersedia memberi sumbangan positif untuk melaksanakan pendekatan masalah Palestin secara komprehensif, adil dan konsisten dengan secepat mungkin demi keamanan berkekalan di Asia Barat.

Berita Berkaitan