99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kerancakan Pelancongan Serlahkan Daya Tahan dan Kedinamikan Ekonomi China

(CRI)Khamis 12 Oktober 2023

Kerancakan pasaran pelancongan dan sektor perbelanjaan sempena cuti Pesta Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan sekali lagi memperlihatkan daya tahan, potensi serta kedinamikan ekonomi China, kata jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin.

Data berkenaan menunjukkan jumlah pelawat dan pendapatan pelancongan domestik sepanjang cuti umum selama lapan hari itu menokok dengan ketara berbanding tempoh sama tahun lepas.

Untuk rekod, purata perbelanjaan harian runcit perkhidmatan seluruh negara menerusi platform e-dagang naik sebanyak 153 peratus berbanding tempoh sama tahun 2019.

Dalam tempoh cuti itu, jumlah kumulatif penumpang yang melakukan perjalanan dengan menaiki kereta api mencatat 195 juta.

Dalam pada itu, bilangan penumpang yang dihantar setiap hari buat pertama kalinya melepasi 20 juta, mencipta rekod tertinggi dalam sejarah.

Wang menyifatkan prestasi tersebut memperlihatkan pemulihan ekonomi negara secara berterusan serta trend peningkatan kukuh pada keseluruhannya.

Mutakhir ini, beberapa institusi kewangan antarabangsa termasuk JPMorgan Chase, Goldman Sachs, Citibank, Deutsche Bank dan ANZ Bank masing-masing menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China bagi tahun ini kepada paras antara 5 hingga 5.5 peratus.

Menurut laporan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), China dijangka terus menjadi penyumbang utama pertumbuhan ekonomi global buat tahun ini.

Sehubungan itu, Wang berkata China merupakan pasaran pengguna kedua terbesar dan pasaran yang paling berpotensi di dunia.

"Potensi perbelanjaan akan terus dicungkil dan operasi ekonomi bertambah baik susulan kesan dasar makroekonomi semakin menonjol.

"Ia akan terus memberi sokongan penting kepada pertumbuhan ekonomi dunia dan menyediakan lebih banyak peluang untuk pembangunan bersama negara lain," kata beliau semasa sidang media di Beijing, Rabu.

Video

Berita Berkaitan