- Lain-lain
Pelancongan Paling Pesat dalam Pertumbuhan Perdagangan Perkhidmatan
(CRI)Jumaat 07 Julai 2023
Sektor pelancongan China berkembang pada kadar 67% pada Januari hingga Mei, dengan mencatat RMB552.54 bilion (RM356.22 bilion), iaitu yang paling pesat dalam pertumbuhan perdagangan perkhidmatan. Antaranya pelancongan outbound meningkat 53.4% sedangkan inbound melambung 68.1%.
Demikian dimaklumkan jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting pada sidang media semalam.
Menurut statistik berkenaan, jumlah keseluruhan perdagangan perkhidmatan bagi lima bulan pertama tahun ini meningkat 10.2% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencecah RMB2.61 trilion (RM1.68 trilion), antaranya eksport menyusut 4.7% mencatat RMB1.1 trilion (RM 709.2 bilion), manakala import meningkat 24.2% menokok RMB1.51 trilion (RM 973.5 bilion).
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang