99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Tokoh Asing Hargai Peluang Kerjasama BRI

(CRI)Rabu 11 Oktober 2023

Tokoh-tokoh asing memberi penghargaan terhadap peluang yang dicetuskan menerusi kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Mereka turut menanti-nantikan Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga yang dijadual berlangsung di Beijing minggu depan.

Presiden Perhimpunan Kebangsaan Laos Xaysomphone Phomvihane berkata negara-negara terlibat akan menyelaraskan kerjasama baharu di bawah rangka BRI sempena forum itu, sekali gus menyuntik tenaga baharu kepada pembangunan ekonomi dunia.

Mengambil landasan kereta api China-Laos sebagai contoh, beliau berkata rel itu bukan sahaja memudahkan perjalanan rakyat Laos, tetapi juga menarik kedatangan ramai pelancong atau penumpang transit dari negara jiran seperti China, Thailand dan Vietnam.

"Fasiliti berkenaan membantu menjana pembangunan industri pelancongan Laos dan mencipta peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan," ujar beliau.

Bekas Presiden Serbia Boris Tadic menyuarakan harapan supaya Serbia dapat melancarkan lebih banyak projek usaha sama dengan China dan menjadi rakan kerjasama utama China di Eropah Tenggara.

"BRI mewujudkan syarat yang lebih baik untuk pembangunan negara-negara terlibat sepanjang sepuluh tahun lalu. Ia membawa keamanan, pembangunan dan kerjasama saling untung," kata Tadic.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Kyrgyzstan Bakyt Torobayev berkata Kyrgyzstan merupakan antara negara yang paling awal menyertai inisiatif BRI.

"Banyak projek kerjasama di bawah BRI berjaya dilaksanakan, antaranya termasuk pengangkutan, perubatan dan lain-lain."

"Kerjasama dengan China dalam bidang tenaga, pendidikan dan sebagainya akan terus diperluas pada masa hadapan," kata beliau.

Setakat ini, China telah menandatangani lebih 200 dokumen kerjasama BRI dengan 152 buah negara dan 32 pertubuhan antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan