- Lain-lain
Lebih 110 Negara Sah Sertai BRF ketiga
(CRI)Rabu 20 September 2023
Wakil dari lebih 110 negara mengesahkan penyertaan dalam Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa (BRF) edisi ketiga yang bakal diadakan di Beijing pada Oktober.
Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning memaklumkan kerja-kerja persiapan untuk acara berkenaan sedang berjalan secara teratur.
Sepanjang acara itu, tiga forum peringkat tinggi akan diatur masing-masing berkisar tentang kesalinghubungan, pembangunan hijau dan ekonomi digital.
Sementara itu, enam forum tematik yang memfokuskan kelancaran perdagangan, persefahaman rakyat, pertukaran kumpulan pemikir, Jalan Sutera bersih, kolaborasi sesama wilayah dan kerjasama maritim turut akan diadakan sempena BRF ketiga.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang