- Lain-lain
Legasi Sukan Asia Hangzhou Manfaatkan Rakyat
Legasi yang ditinggalkan Sukan Asia Hangzhou akan membawa banyak manfaat kepada masyarakat tempatan, kata ketua jurucakap temasya itu, Mao Genhong.
Menurut beliau, selain stadium dan gelanggang baharu yang menjadi tempat aktiviti riadah penduduk tempatan, Hangzhou turut dipilih sebagai lokasi penganjuran pelbagai acara antarabangsa seperti Kejohanan Dunia FINA, Kongres Akuatik Dunia dan sebagainya.
Menerusi penganjuran temasya sukan itu, sekumpulan bakat profesional dipupuk untuk mengelola acara pertandingan berskala besar pada masa depan, selain membudayakan amalan bersukan dalam kalangan masyarakat.
Kerja persiapan Sukan Asia Hangzhou selama lapan tahun turut menyaksikan penduduk tempatan yang kerap mengambil bahagian dalam aktiviti sukan melebihi lima juta orang.
Setakat hujung tahun 2022, ruang sukan per kapita di Hangzhou meningkat daripada 1.8 meter persegi kepada 2.71 meter persegi. Angka itu dijangka mencapai 2.85 meter persegi menjelang hujung tahun ini.
- Sukan Asia Ke-19 Labuh Tirai di Hangzhou
- Terus Menyerlahkan Kecemerlangan Tamadun Asia
- China Raih Lima Pingat Emas Acara Perahu Naga
- Tak hampa menanti: Tujuh Atlet China Terima Pingat Olimpik
- Sukan Asia Hangzhou: Perkhidmatan Robot Jadi Tumpuan
- PM China akan Hadiri Majlis Penutup Sukan Asia Hangzhou ke-19
- Sukan Asia Hangzhou: Pasukan Bola Keranjang Wanita China Jadi Johan
- Sukan Asia Hangzhou: China Raih 10 Pingat Emas Acara Terjun
- Pertandingan Sukan Asia Hangzhou Masuk Separuh Kedua
- Sukan Asia yang Pintar, Tingkap Modenisasi Ala China