99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Sukan Asia yang Pintar, Tingkap Modenisasi Ala China

(CRI)Ahad 01 Oktober 2023

Sukan Asia ke-19 yang diadakan di Hangzhou, China pada masa ini buat kali pertama mengetengahkan konsep penganjuran secara pintar. Dengan sokongan pelbagai teknologi termasuk 5G, internet benda (IoT), data besar, rantaian blok dan kecerdasan buatan (AI), Sukan Asia Hangzhou penuh elemen sains dan teknologi canggih dan menjadi fokus di peringkat global.

Hangzhou disebut sebagai 'kota digital", manakala provinsi Zhejiang adalah pelopor modenisasi ala China dan sedang mencipta trend pembangunan baharu yang dipacu inovasi.

Menurut statistik, nilai tambah industri teras ekonomi digital bandar Hangzhou buat kali pertama mencecah RMB500 bilion (RM312.5 bilion) dan mencatat RMB507.6 bilion (RM317.3 bilion) pada 2022. Jumlah ini menduduki 27.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di bandar itu.

Oleh itu, ekonomi digital yang menjadi kad nama Hangzhou membawakan penghayatan sains dan teknologi yang mengujakan bagi temasya sukan kali ini.

Ketua pegawai maklumat, sains dan teknologi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Ilario Corna mengatakan bahawa teknologi awan memberikan sokongan kepada Sukan Asia di Hangzhou dan ia meletakkan asas kukuh bagi pempopularan pendigitalan temasya sukan berskala besar.

Sementara itu, inovasi dianggap sebagai penggerak pertama bagi modenisasi ala China. Sukan Asia yang pintar merupakan miniatur bagi kejayaan inovasi di China pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, Sukan Asia yang pintar memperlihatkan konsep hijau dan menyaksikan modenisasi ala China yang mewujudkan keharmonian antara manusia dengan alam.

Media internet dari Singapura telah mengadakan kajian tentang pelbagai indeks hijau yang "menakjubkan". Antaranya termasuk penghantaran tenaga bersih sebanyak 621 juta kilowatt-jam dari kawasan lain, membina seribu-ribu stesen dan terminal pengecasan bagi kenderaan elektrik, memainkan pertunjukan bunga api elektronik dalam upacara perasmian, menjimatkan air sebanyak 180 ribu tan bagi kolam renang setiap tahun serta menggunakan lombong terbiar untuk membina gelanggang pertandingan panjat tebing. Kesemua ini menyaksikan konsep pembangunan hijau dalam modenisasi ala China.

Keunikan Sukan Asia Hangzhou yang inovatif, hijau dan kemanusiaan bukan sahaja memperlihat kejayaan pembangunan modenisasi ala China, tetapi juga akan menyuntik tenaga baharu bagi China untuk mengamalkan konsep pembangunan baharu serta mendorong pembangunan bermutu tinggi.

Video

Berita Berkaitan