- Lain-lain
Sukan Asia Rangsang Pelancongan Sekitar Hangzhou
Pada masa ini, Sukan Asia ke-19 sedang berlangsung di Hangzhou, mencuri perhatian para netizen. Ditambah pula dengan cuti Pesta Tanglung dan Hari Kebangsaan China yang jatuhnya serentak, menjadikan Hangzhou dan bandar-bandar sekitar destinasi pelancongan yang hangat.
Orang ramai mengunjungi Pekan Huangjiu di Shaoxing. (People’s Daily Online/Wang Jing)
Menurut statistik Fliggy, Hangzhou telah muncul antara tiga teratas daripada bandar pelancongan domestik yang paling popular. Dalam tempoh Sukan Asia kali ini, tempahan penerbangan antarabangsa ke Hangzhou telah meningkat lebih dua puluh kali ganda berbanding hari biasa. Antaranya pelancong dari Thailand, Singapura, Korea Selatan, Jepun dan Malaysia menjadi penyumbang utama.
Statistik Ctrip pula menunjukkan dari 23 September hingga 8 Oktober, tempahan hotel di Hangzhou telah meningkat lebih daripada lapan kali ganda. Rumah inap di bandar sekitar seperti Ningbo, Wenzhou, Huzhou, Shaoxing dan Jinhua yang juga penganjur beberapa acara Sukan Asia ke-19 juga habis ditempah.
Orang ramai mengunjungi Jambatan Gongchen di Hangzhou. (People’s Daily Online/Wang Jing)
Biro Kebudayaan dan Pelancongan Hangzhou menganggarkan bahawa, Hangzhou bakal mencapai kebanjiran pelancong yang paling ramai dalam beberapa tahun ini.
- Naib Pengerusi IOC: Presiden Xi, Rakan Penting Usaha Olimpik
- Singkap Wajah Baharu Hangzhou dalam Sukan Asia
- Acara E-sukan Sukan Asia ke-19 Bermula Semalam
- Ketua Kontinjen Malaysia: Senyuman Sukarelawan Sukan Asia Hangzhou Tawan Hati Saya
- Majlis Pembukaan Sukan Asia Hangzhou Menyerlah dengan Gabungan Inovasi-Kebudayaan
- Pingat Perak Pertama Brunei dalam Sukan Asia
- Xi Umum Perasmian Sukan Asia ke-19
- Xi Hadiri Upacara Perasmian Sukan Asia ke-19
- Xi Ditemui Presiden IOC
- Xi Ditemui Pemangku Presiden OCA