99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Siar Kertas Putih mengenai BRI

(CRI)Selasa 10 Oktober 2023

Pejabat Penerangan Dewan Negara China menyiarkan kertas putih bertajuk 'The Belt and Road Initiative: A Key Pillar of the Global Community of Shared Future' pada Selasa.

Kertas putih itu berbunyi, visi komuniti berkongsi nasib sesama insan dikemukakan Presiden China Xi Jinping pada Mac 2013, disusuli dengan gagasan 'Jalur Ekonomi Jalan Sutera' dan 'Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21' yang masing-masing diajukan pada September dan Oktober tahun sama.

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) itu menyediakan wadah untuk mempraktikkan usaha ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Melalui usaha bersama pelbagai pihak sepanjang sedekad lalu, inisiatif BRI diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan dipraktikkan di peringkat antarabangsa sehingga membuahkan hasil yang sungguh memberangsangkan.

BRI muncul sebagai produk awam dan wadah kerjasama antarabangsa yang disambut baik.

Menurut kertas putih itu, selain membawa manfaat sebenar kepada negara-negara terlibat, usaha sama berorientasikan BRI juga menyumbang kepada perkembangan sihat globalisasi ekonomi, penyelesaian masalah pembangunan dunia dan penyempurnaan sistem tadbir urus global.

Kertas putih itu juga menzahirkan komitmen China untuk bersinergi dengan pelbagai negara bagi memantapkan pembangunan berkualiti BRI, melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) serta Inisiatif Peradaban Global (GCI), di samping membina dunia terbuka, terangkum, bersih dan indah yang menikmati keamanan berkekalan, keselamatan universal dan kemakmuran bersama.

Video

Berita Berkaitan