- Lain-lain
Hainan Pelopor, Kekal, Jaga 'Jalan Sutera udara', Sumbang kepada Pertukaran Antarabangsa (3)
Hainan yang terletak di selatan China berfungsi sebagai stesen pemindahan dan bekalan penting di sepanjang Laluan Sutera Maritim purba.
Ia juga secara konsisten berusaha untuk memperlancar koridor perdagangan udara rentas sempadan dan memperkukuh perkhidmatan sokongan terhadap syarikat penerbangan, serta memberi sumbangan besar terhadap pertukaran antara China dan negara lain dengan mempelopori, mengekalkan, dan menjaga ‘Jalan Sutera udara’.
Sepanjang sedekad yang lalu, provinsi itu telah mengembangkan laluan penerbangan antarabangsa dan kapasiti lapangan terbang dengan pesat, sekali gus secara beransur-ansur memperluas rangkaian pengangkutan udara rentas sempadan.
Sepuluh tahun lalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan di Haikou, ibu kota Hainan tidak mempunyai banyak laluan antarabangsa.
Lu Fangfang, petugas yang terlibat dalam pembangunan pasaran penerbangan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan berkata bahawa jumlah trafik penumpang antarabangsa tahunan lapangan terbang pada 2018 direkodkan melebihi angka sejuta, manakala bilangan lapangan terbang serantau dan laluan antarabangsa pula mencecah 48 buah pada 2019.
"Kami terus memupuk pasaran penerbangan antarabangsa sejak beberapa tahun ini. Dasar mengenai akses bebas visa untuk pelancong dari 59 negara ke Hainan yang berkuat kuasa secara rasmi pada Mei 2018 telah membawa lebih banyak peluang pembangunan kepada kami," kata wanita yang memasuki tahun kesepuluh berkhidmat di situ.
Menjelang akhir 2022, China telah menandatangani perjanjian dua hala mengenai pengangkutan udara dengan 100 negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), serta turut mengekalkan perkhidmatan kargo udara dan penumpang tetap dengan 64 negara, yang merangkumi lebih 60 peratus daripada jumlah penerbangan antarabangsa China.
Perintis barisan hadapan seperti Lu yang mendorong peluasan rangkaian laluan udara Hainan, iaitu pangkalan penyelenggaraan pesawat bersepadu di zon dalam bon komprehensif lapangan terbang Haikou yang bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan, turut berfungsi sebagai sokongan di bahagian hadapan yang memastikan operasi lancar sepanjang ‘Jalan Sutera udara’.
Dilengkapi dengan kemudahan seperti hangar penyelenggaraan, hangar cat dan pusat penyimpanan serta perdagangan bahan penerbangan antarabangsa, pangkalan penyelenggaraan pesawat turut menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan sehenti.
Pengarah pangkalan penyelenggaraan, Wan Xin berkata hangar penyelenggaraan pangkalan setakat ini telah menyelesaikan lebih daripada 700 tempahan, sementara hangar cat telah 70 kali menjalankan tugas mengecat, dan kilang pembaikan aksesori pula berjaya mengendalikan lebih daripada 19,500 aksesori.
Tambah beliau, dengan kepakaran teknikal pasukan dan sokongan daripada dasar yang menguntungkan oleh Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, pangkalan penyelenggaraan itu telah menjadi ‘penyelesaian China’ pilihan syarikat penerbangan asing.
Akses bebas visa ke Hainan dan dasar zon dalam bon komprehensif lapangan terbang Haikou barkaitan pengurangan dan pengecualian cukai di samping dasar-dasar menguntungkan yang lain telah memberi manfaat kepada negara-negara di sepanjang laluan ‘Jalan Sutera udara’.
Menurut Wan, pangkalan penyelenggaraan pesawat itu membantu syarikat penerbangan Filipina menjimatkan kira-kira 10 hingga 15 peratus kos penyelenggaraan melalui perkhidmatan khas yang disediakan sejak November lalu.
"Perusahaan penyelenggaraan penerbangan di zon dalam bon komprehensif lapangan terbang Haikou boleh menikmati dasar yang menggalakkan seperti tarif sifar ke atas bahan penerbangan yang diimport, serta alat-alat dan perkakasan untuk kegunaan sendiri.
“Dasar sedemikian telah mengurangkan kos penyelenggaraan pesawat asing dengan ketara sambil menurunkan kos operasi perusahaan di pangkalan penyelenggaraan.
“Menerusi dasar-dasar menguntungkan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, kami menyasarkan untuk menjadi platform penyelenggaraan penerbangan global yang menyediakan penerbangan trans-Pasifik dan trans-Lautan Hindi,” tambah beliau.