- Lain-lain
Yiwu, Hab Perdagangan Gadget Terbesar di Dunia (2)
Bandar Yiwu yang terletak di bahagian tengah provisi Zhejiang, tenggara China merupakan hab perdagangan gadget yang terbesar di dunia, menyaksikan pengedaran 2.1 juta jenis gadget dari seluruh dunia dengan eksportnya jauh menjangkau ke lebih 230 negara dan kawasan.
Yiwu pada asalnya merupakan sebuah kota kecil yang kekurangan akses jalan dan sumber yang pelbagai. Selepas mengalami pembangunan selama lebih 40 tahun, Yiwu kini sudah mempunyai stesen kereta api dan lapangan terbang yang dilengkapi kastam. Dalam pada itu, perdagangan antara Yiwu dengan negara Asia Tengah terus berkembang seiring dengan pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada sepuluh tahun lalu.?
Untuk rekod, sebanyak 2,088 perjalanan Ekspres China-Eropah (dari Yimu menuju ke arah Asia Tengah) tercatat setakat bulan Mei lalu, dengan jumlah kargo muatannya mencecah sebanyak 170,000 TEU. Jumlah nilai import dan eksport Yiwu mencecah RMB 321.1 bilion (RM206.2 bilion) pada bulan Januari ke Julai tahun ini.?
- Bandar Wenzhou, Salah Satu Venue Sukan Asia Hangzhou
- Panda Gergasi Baharu Jumpa Orang Ramai di Hangzhou
- Beruang Madu Gamit Pelancong ke Zoo Hangzhou
- Terminal Kargo Timur Lapangan Terbang Hangzhou Mula Operasi
- Pangkalan Stokin Terbesar Dunia Rekod Pertumbuhan Mengagumkan
- Daya Tampung Pelabuhan Ningbo-Zhoushan Pertama di Dunia
- Video Remaja China Pantul Batu Tarik Perhatian