- Lain-lain
China dan ASEAN Intensifkan Kerjasama Sektor Sumber Tenaga Bersih
China dan ASEAN sudah menjalankan kerjasama yang amat baik dalam bidang pemerolehan sumber tenaga, inovasi dan penggunaan teknologi sumber tenaga yang bersih dan pembiayaan demi tenaga hijau. China mahu terus merancakkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam bidang kesalinghubungan tenaga elektrik, tenaga boleh diperbaharui (RE) dan peningkatan keupayaanan penjanaan tenaga yang bersih pada masa depan.
Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Tenaga Kebangsaan (NEA) China, Zhang Jianhua dalam majlis perasmian Minggu Kerjasama Sumber Tenaga Bersih China-ASEAN Tahun 2023 di Haiko, provinsi Hainan pada Selasa.
Para hadirin dari pelbagai pihak juga menyatakan akan mengintensifkan kerjasama dalam bidang sumber tenaga yang bersih.
Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn pula menyatakan bahawa permintaan sumber tenaga di rantau ASEAN dijangka akan menambah tiga hingga empat kali ganda menjelang tahun 2050, dan kerjasama ASEAN dengan China akan menumpu kepada tenaga angin perairan, tenaga hidroelektrik, kesalinghubungan tenaga elektrik dan pengangkutan hijau.
"Berharap agar Minggu Kerjasama Sumber Tenaga Bersih China-ASEAN berperanan sebagai satu platform penting bagi kedua-dua pihak mengambil langkah seterusnya untuk menggerakkan transformasi sumber tenaga ke arah hijau dan karbon rendah demi manfaat pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat kedua-dua pihak," ujar Kao.
Perisytiharan Haikou Kerjasama Syarikat Sumber Tenaga Bersih China-ASEAN, Peta Garisan Pembangunan Tenaga Elektrik Perairan dan beberapa dokumen lain telah dikeluarkan sempena berlangsungnya aktiviti tersebut, yang dipercayai akan menyuntik momentum baharu kepada kerjasama kedua-dua pihak.
- Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN Bertambah Baik dan Dinaik Taraf
- Kerjasama ASEAN-China Kondusif bagi Peningkatan Kesejahteraan Rakyat
- Nanning Jadi Tuan Rumah Pameran Pendidikan Vokasional China-ASEAN
- Nanning Tuan Rumah Forum Kerjasama Alam Sekitar China-ASEAN 2023
- Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN Bermula
- Pusat Perdagangan Buah-buahan China-ASEAN Dirasmikan di Qinzhou
- Faham Hubungan China-ASEAN, Golongan Muda Mampu Rapatkan Perbezaan Serantau
- ASEAN, China Meterai Kerjasama Ekonomi Bernilai 12.1B yuan
- Import dan Eksport Guangxi dengan ASEAN Naik 92.6 Peratus
- China, ASEAN Tempuh Perjalanan ke Arah Kemakmuran Bersama