- Lain-lain
Kerjasama ASEAN-China Kondusif bagi Peningkatan Kesejahteraan Rakyat
Kerjasama ASEAN-China dalam pelbagai bidang seperti integrasi ekonomi serantau dan interaksi sosiobudaya dijangka akan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak.
Demikian dikatakan Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn ketika diwawancara wartawan Agensi Berita Xinhua semasa tempoh Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia semalam.
Menurut Kao Kim Hourn, ASEAN dan China mempunyai peluang kerjasama yang luas, terutama dalam sektor ekonomi laut, ekonomi hijau, transformasi penggunaan sumber tenaga dan interaksi sosiobudaya.
"Berharap China terus menambah pelaburan dalam projek infrastruktur di negara-negara ASEAN, yang dilihat kondusif bagi peningkatan kesejahteraan rakyat tempatan", kata Kao.
Menyentuh Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang mula berkuatkuasa secara menyeluruh pada Jun, Kao menyatakan bahawa pelaksanaan RCEP dijangka akan membangkitkan potensi kerjasama yang lebih besar antara kedua-dua pihak di samping menyuntik daya motivasi baharu terhadap perdagangan serantau.
- PM Li Hadiri Mesyuarat ke-26 Pemimpin China-ASEAN (10+1)
- Nanning Jadi Tuan Rumah Pameran Pendidikan Vokasional China-ASEAN
- Nanning Tuan Rumah Forum Kerjasama Alam Sekitar China-ASEAN 2023
- Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN Bermula
- Pusat Perdagangan Buah-buahan China-ASEAN Dirasmikan di Qinzhou
- Faham Hubungan China-ASEAN, Golongan Muda Mampu Rapatkan Perbezaan Serantau
- ASEAN, China Meterai Kerjasama Ekonomi Bernilai 12.1B yuan
- Import dan Eksport Guangxi dengan ASEAN Naik 92.6 Peratus
- China, ASEAN Tempuh Perjalanan ke Arah Kemakmuran Bersama
- SITC Naiktaraf Perkhidmatan Laluan Perkapalan Terus Teluk Beibu-Borneo Malaysia