- Lain-lain
SITC Naiktaraf Perkhidmatan Laluan Perkapalan Terus Teluk Beibu-Borneo Malaysia
Syarikat perkapalan China, SITC International Holdings Bhd baru-baru ini memaklumkan tentang penambahan laluan perkapalan dari pelabuhan Teluk Beibu di Guangxi ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam dan wilayah Borneo Malaysia.
Difahamkan, SITC telah mengagihkan empat kapal dalam perkhidmatan laluan perkapalan baharu itu dengan kekerapan pelayaran sebanyak sekali seminggu.
Kawasan pelabuhan yang terlibat bagi perhentian kapal berkenaan adalah pelabuhan Haifang dan Qinzhou China, Ho Chi Minh Vietnam, serta Kuching, Bintulu dan Kota Kinabalu Malaysia.
Dengan kemudahan perkhidmatan laluan perkapalan terus itu, barangan yang dieksport dari pelabuhan Teluk Beibu ke pelabuhan di wilayah Borneo Malaysia akan hanya memakan masa selama enam hari.
Manakala, bagi perjalanan antara Ho Chi Minh dan pelabuhan Teluk Beibu pula hanya akan mengambil masa tiga hari.
Dengan kadar kepantasan tempoh perjalanan tersebut, ia kini menjadi laluan perkapalan terus yang tercepat antara kedua-dua pelabuhan itu, sekali gus menyediakan laluan logistik maritim yang lebih jimat, cekap dan mudah untuk pengeksportan buah-buahan Vietnam ke China.
- Forum Industri Baharu China-ASEAN Syorkan Pembinaan Sistem Ekologi Inovasi Serantau
- Kapal Tentear Laut Qi Jiguang Kembali ke Dalian
- Buahkan Hasil Melimpah dalam Kerjasama China-ASEAN
- Forum Rakan Media ASEAN 2023 di Nanning
- Forum China-ASEAN mengenai Pertukaran Tamadun dan Kerjasama Dirasmikan di KL
- Hubungan Erat ASEAN dan China Sesuai dengan Kepentingan Bersama
- China dan ASEAN Diharap Pacu Perkembangan Pertanian Bersama
- TransNusa Rasmi Pesawat ARJ21 Buatan China
- AMRO Jangka Ekonomi China Bertumbuh 5.5 Peratus
- Latihan Ketenteraan Bersama Kemboja-China "Golden Dragon 2023" Bermula