99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pertandingan “Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China” 2023 Labuh Tirai dengan Jayanya

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 15 September 2023
Pertandingan “Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China” 2023 Labuh Tirai dengan Jayanya
Li Xikui, Naib Presiden Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara Asing (CPAFFC), menyampaikan ucapan pada peringkat akhir pertandingan antarabangsa "Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China" 2023 yang diadakan di bandar Jincheng, provinsi Shanxi, utara China. (People’s Daily Online/Lu Pengyu)

Pusingan akhir pertandingan antarabangsa "Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China" 2023 berakhir dengan jayanya di bandar Jincheng, provinsi Shanxi di utara China, pada 14 September.

Dimulakan pada Jun lalu, pertandingan itu menarik lebih 3,000 peserta dari lebih 70 negara di seluruh dunia.

Selepas pusingan awal dan separuh akhir, 10 pasukan finalis dari Poland, Kenya, Pakistan, Chad, Nigeria, Ghana, Laos, Sudan, Mongolia dan Rusia telah dipilih untuk bertanding pada peringkat akhir.

Bertutur dalam bahasa Mandarin yang fasih, para peserta secara penuh perasaan berkongsi visi masing-masing tentang "kampung halaman" yang ideal semasa pusingan tersebut.

Seramai sembilan juri yang terdiri daripada individu terkemuka seperti profesor, penulis, serta pakar bahasa dan budaya Cina, telah dijemput untuk menilai persembahan para peserta.

Difahamkan, antara kriteria yang dinilai adalah kefasihan dalam bahasa China, kemahiran bercerita, nilai teras dalam cerita masing-masing, dan sumbangan kepada pertukaran antara tamadun.

Peserta dari Nigeria, Ojimmadu Raphael Ebube dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Utama, manakala Sejoud Isam Mahir Hassan dari Sudan dan Lydia Nduta Njoroge dari Kenya pula memenangi Hadiah Pertama selepas melalui pertandingan penuh sengit serta mengujakan.

Juara bahagian Australia dan Korea Selatan yang turut menghadiri ke acara peringkat akhir tersebut juga mengambil peluang untuk menyampaikan ucapan penerimaan masing-masing.

Bertemakan "家園" (Jiayuan atau kampung halaman), acara itu bertujuan untuk mempromosikan idea-idea unggul dalam tamadun Cina, seperti “seluruh dunia adalah satu keluarga,” “semua orang bersaudara,” dan “keharmonian antara semua negara”.

Acara itu menjadi platform untuk berkongsi aspirasi rakyat China bagi menggalakkan kewujudan bersama yang harmoni antara tamadun, seterusnya membina dunia yang indah bersama-sama dengan penduduk pelbagai negara di dunia.

Turut hadir pada acara tersebut adalah Naib Presiden Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara Asing (CPAFFC), Li Xikui yang telah menyampaikan ucapannya pada pusingan akhir.

Dalam ucapannya, beliau menekankan peri pentingnya saling menghormati dan belajar antara tamadun dalam mewujudkan kemajuan umat manusia serta keharmonian dan kemakmuran kampung halaman bersama umat manusia.

Pertandingan ini dianjurkan oleh CPAFFC bersama People's Daily Online, Jawatankuasa Perbandaran Jincheng Parti Komunis China (PKC), Kerajaan Rakyat Perbandaran Jincheng, dan Kumpulan Canselor Huangcheng Rumah Shanxi.

Video

Berita Berkaitan