- Lain-lain
Para Finalis Pertandingan "Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China" 2023 Diumumkan
Ditaja oleh Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara Asing dan dihoskan oleh People's Daily Online, pertandingan bercerita "Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China" memasuki pusingan akhir selepas selesainya pusingan awal dan separuh akhir.
Tahun 2023 merupakan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Semangat Jalan Sutera -- yakni perdamaian, kerjasama, terbuka, inklusif, saling belajar, saling untung dan menang bersama, adalah warisan peradaban manusia yang berharga. Dengan tema "kampung halaman", pertandingan ini menjemput rakan-rakan dari seluruh dunia untuk menceritakan kisah tentang pertukaran, pembelajaran dan persefahaman antara tamadun yang berbeza, serta melakar visi yang boleh dikongsi untuk membina dunia yang lebih baik.
Pertandingan kali ini merangkumi 3 pusingan, iaitu pusingan awal, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir. 10 (kumpulan) calon yang menerima markah tertinggi masuk ke pusingan akhir dengan prestasi cemerlang dalam video pengenalan diri pada pusingan awal, dan kebolehan ekspresi diri tanpa persediaan menerusi dialog video dalam talian dengan hakim pada pusingan separuh akhir.
Pusingan akhir akan diadakan di bandar Jincheng, provinsi Shanxi pada 14 September 2023. 10 (kumpulan) calon akan menyampaikan ucapan selama 7 minit menurut tema "kampung halaman". Para hakim akan memberi markah berdasarkan nilai teras ucapan, daya tarikan terhadap pendengar, kebolehan ekspresi diri dalam bahasa China, dan hasil pembelajaran antara tamadun berbeza, lalu menentukan keputusan pertandingan.
Senarai finalis (susunan mengikut abjad nama negara)
1. Yasser Mahamad Senoussi+Ousama Mahamad Senoussi Ahmad; University of Electronic Science and Technology of China; Chad
2. Moses Arthur Baidoo; East China University of Technology; Ghana
3. Lydia Nduta Njoroge; Qufu Normal University; Kenya
4. Senyord Chanmaly; Shanxi University; Laos
5. Oyungerel Gegee; Inner Mongolia University; Mongolia Dalam
6. Ojimmadu Raphael Ebube; Shanghai International Studies University; Nigeria
7. Kaleem Sajid; Pakistan
8. Ratajczak Paulina Magdalena; Anshan Normal University; Poland
9. Siniakov Andrei; Yancheng Polytechnic College; Rusia
10. Sejoud Isam Mahir Hassan; Lanzhou University; Sudan
Anugerah dan Hadiah
Pusingan akhir menawarkan 1 hadiah utama, 2 hadiah pertama, 3 hadiah kedua dan 4 hadiah ketiga.
Pertandingan juga menawarkan satu hadiah istimewa untuk kategori subrantau luar China.
Setiap pemenang akan menerima sijil pertandingan, cenderahati pusingan akhir dan bonus.
- Mudah Dapat Kerja Jika Fasih Bahasa Cina ——Suara Pelajar Institut Confucius di Negara Asia Tenggara
- Kata Semangat Xi untuk Guru dan Pelajar Institut Konfusius Afrika Selatan
- Pertandingan "Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China" 2023 Masuk Peringkat Global
- Hari Bahasa Cina PBB 2023 Dilancarkan
- Juara Pertandingan “Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China” Diumumkan
- Pertandingan “Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China” Tutup Tirai
- Finalis Pertandingan Bercerita “Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China” Antarabangsa 2022 Diumumkan
- Pakar Sinologi Indonesia: Perlunya Lebih Banyak Bakat Bahasa Mandarin demi Kerjasama Mendalam BRI
- HSK Lancar Ujian Tahap Kemahiran Lebih Tinggi
- Pembelajaran Bahasa Mandarin Luaskan Pandangan Kanak-kanak