99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

PMI Pembuatan China Naik Untuk Tiga Bulan Berturut-turut

(CRI)Khamis 31 Ogos 2023

Indeks pengurus pembelian (PMI) industri pembuatan China pada Ogos naik 0.4 mata peratusan berbanding Julai lalu, iaitu peningkatan sebanyak 49.7 peratus.

Demikian umum Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) dan Pusat Penyelidikan Sektor Perkhidmatan Biro Statistik Negara China, hari ini.

Menurut laporan, terdapat 12 daripada 21 sektor menyaksikan peningkatan PMI, sekali gus memberi petunjuk terhadap perkembangan sektor industri pembuatan di China.

Pada masa sama, indeks pesanan baharu naik 0.7 mata peratusan berbanding bulan terdahulu dengan menokok 50.2 peratus, manakala permintaan dalam sektor industri pembuatan kemudahan dan barang pengguna turut semakin meningkat.

Naib Presiden CFLP, Cai Jin berkata, peningkatan indeks PMI untuk tiga bulan berturut-turut tersebut menunjukkan bahawa prestasi ekonomi terus pulih dengan stabil, sementara indeks pesanan baharu yang kembali semula ke paras 50 peratus ke atas pula menandakan momentum endogen semakin kuat dalam pertumbuhan ekonomi di negara ini.

Memetik laporan itu, Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat 1.7 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya dengan mencatat 51.9 peratus yang turut menyaksikan peningkatan yang ketara.

Dari perspektif unjuran pasaran perusahaan, indeks jangkaan aktiviti pengeluaran dan perniagaan pada bulan Ogos dijangka meningkat 0.5 mata peratusan berbanding bulan Julai dengan mencatat 55.6 peratus, yang berada pada paras 55 peratus ke atas untuk dua bulan berturut-turut.

Video

Berita Berkaitan