- Lain-lain
PMI Pembuatan Dunia Mula Melantul
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi sektor pembuatan dunia mencatat 49.2% pada Januari, yang meningkat 0.6 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya.
Demikian menurut data yang diumumkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) hari ini. PMI pembuatan dunia yang meningkat semula itu menandakan ekonomi dunia yang menguncup secara berterusan sejak setengah tahun kedua tahun lalu mula melantul sedikit sebanyak.
Naib Ketua Jawatankuasa Dasar Ekonomi Persatuan Penyelidikan Dasar China, Xu Hongcai menyatakan bahawa PMI bagi sektor pembuatan China mencatat 50.1 peratus pada Januari, meningkat 3.1 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya. Pemulihan ekonomi China yang kuat telah menjadi tenaga utama dalam memperbaiki kemelesetan ekonomi dunia. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan Tinjauan Ekonomi Dunia terkini, membuat unjuran terhadap perkembangan ekonomi dunia bagi tahun 2023 yang dijangka akan mencatat 2.9%, lebih tinggi 0.2 mata peratusan berbanding unjuran sebelumnya.